web analytics

Pelan Tindakan Baru Untuk Pemerdagangan Orang

27 March 2010

KDN Sana Sini

Pelan Tindakan Kebangsaan Anti Pemerdagangan Orang (PTKAPO) sedang diperingkat kajian dan KDN juga sedang melaksanakan sesi latihan kepada penguatkuasa terbabit agar jenayah ini dapat ditangani secara bersepadu.

Ketua Setiausaha KDN, Dato’ Sri Mahmood b. Adam berkata KDN memberi perhatian kepada 9 pelan tindakan yang telah dirancang sebelum ini dan tindakan selanjutnya juga akan berdasarkan akta yang lama itu.

“Ini merupakan pendekatan pertama, selepas ini akan ada mesyuarat secara bulanan dengan jawatankuasa di bawah MAPO. Terdapat 8 buah Kementerian di bawah jawatankuasa ini dan juga 15 buah agensi, secara keseluruhannya terdapat 26 jawatankuasa termasuk 3 buah badan bukan kerajaan (NGO) yang terlibat,” katanya.

Menurut beliau lagi Jabatan Peguam Negara juga sedang mengenalpasti definisi yang lebih tepat untuk membezakan maksud pemerdagangan orang dan penyeludupan manusia. “Ini merupakan sesuatu yang baru pada kita semua. Aktiviti penyeludupan orang merupakan isu yang baru dan kita akan menggunakan akta di bawah Imigresen. AG sedang mengkaji sama ada untuk meletakkan jenayah ini dibawah akta anti pemerdagangan orang ataupun akta di bawah Imigresen,” katanya.

Berdasarkan statistik dari tahun 2008 – Mac 2010 terdapat 202 kes. Manakala jumlah mangsa adalah seramai 1,252.

“Memang ada undang-undang mengenai penyeludupan orang di bawah akta Imigresen. Namun hukumannya tidak setimpal dengan kesan jenayahnya. Kita berharap untuk membentangkan PTKAPO ini ada sidang parlimen selewat-lewatnya pada sidang parlimen akan datang,” katanya.

–team berita ikdn

, , ,