Penubuhan RELA telah meletakkan Malaysia satu-satunya pertubuhan sukarela yang dianggotai oleh rakyat marhaen dari pelbagai bangsa dan peringkat. Pun begitu kehadirannya umpama melukut ditepi gantang. Dimanakah silapnya? Ikuti temubual bersama dengan Ketua Pengarah RELA Dato’ Zaidon b. Haji Asmuni .

S1. Sila Dato’ berikan serba ringkas sejarah kewujudan penubuhan pasukan RELA?
Dato’: RELA ditubuhkan pada 11 Januari 1972 selepas Peristiwa 13 Mei. Tujuannya sebagai satu agensi untuk menyatupadukan kaum. Dalam konteks ini dapat kita lihat RELA sebagai satu pasukan sukarela yang dianggotai oleh pelbagai kaum. Dahulunya RELA ditubuhkan sebagai “Home Guard” semasa zaman darurat kerana kita perlukan penyertaan orang ramai ataupun rakyat jelata dalam memberi maklumat kepada pihak tentera dan polis untuk mengengkang pergerakan, ideologi dan resapan komunis. Anggota-anggota RELA dan orang kampung bersama-sama memberi maklumat kepada kerajaan. Sejarah membuktikan bahawa pihak komunis melakukan kekasaran seperti meminta beras dan makanan dari orang kampung. Mana-mana yang membantah akan mati dibunuh sama ada ditikam atau ditembak. Akibat dari ancaman dan keganasan ini menyababkan pihak kerajaan merasakan perlunya ditubuhkan pasukan kawalan kampung untuk sama-sama membantu kerajaan menangani ancaman komunis ini.
S2. Selari dengan perkembangan semasa, perlukan kita memberi nafas baru kepada RELA dengan mengubah nama misalnya?
Dato’: RELA sudah berusia 39 tahun. Saya tidak nampak keperluan untuk mengubah nama RELA kepada nama lain. Hari ini saya menekankan bahawa kita patut kekalkan nama RELA itu sendiri. Untuk memberi nafas baru kepada RELA yang saya nampak ialah memberi nilai tambah agar RELA menjadi pasukan sukarela yang diterima oleh orang ramai. Negatif atau positif imej RELA bergantung kepada pandangan kita sendiri. Bagi saya imej ini boleh dilihat dalam dua perspektif iaitu imej positif dan negatif.
RELA ini harus dilihat sebagai satu medium untuk menyatupadukan rakyat, untuk mencapai wawasan 1 Malaysia kita. RELA ini boleh menjadi penyampai hasrat kerajaan contohnya menyemai perpaduan dalam negara kita. Kalau boleh pertahankanlah nama RELA.
S3. Antara JPAM dan RELA kedua-duanya ialah entiti yang berasaskan semangat sukarela. Sila Dato’ menyatakan apakah perbezaan antara keduanya.
Dato’: Kedua-duanya sama dari segi semangat sukarelawa, maknanya JPAM dengan RELA dianggotai oleh rakyat yang secara sukarela menyertai dua pasukan ini tetapi perbezaannya amat jelas. JPAM melakukan kerja-kerja menyelamat sedangkan RELA lebih kepada keselamatan, kesejahteraan dan pertahanan setempat. Sejak penubuhannya RELA diiktiraf sebagai barisan pertahanan ketiga negara ini. Dalam erti kata lain RELA ini lebih memainkan peranan sukarelawan keselamatan.
S4. Tidakkah elemen-elemen dalam JPAM itu juga menjadi praktis kepada RELA contohnya kecemasan, cara memberi keselamatan yang asas?
Dato’: Kita tidak memberi bantuan kecemasan. Kita hanya mengikut Arahan MKN 20 di mana RELA merupakan salah satu agensi kerajaan yang diletakkan sekiranya negara menghadapi malapetaka contohnya tanah runtuh, banjir ataupun tsunami. RELA digerakkan untuk membantu agensi keselamatan memindah. Kalau kita lihat JPAM lain, mereka boleh ke depan apabila ada tanah runtuh, jika bangunan runtuh mereka boleh ke dalam tetapi RELA pula lebih kepada operasi di luar yang membantu rondaan keselamatan di tepi-tepi kawasan bencana.
S5. Bagaimana pula perasaan Dato’ apabila orang mengatakan bahawa RELA ini seperti pengawal kelas kedua. Contohnya apabila RELA bersama dengan polis, orang ramai dilihat lebih menghargai polis. Jadi bagaimana Dato’ memberi kata-kata semangat kepada anggota-anggota RELA supaya jangan mempunyai perasaan rendah diri?
Dato’: Saya setuju. Umumnya rata-rata mengatakan bahawa polis lebih menyerlah daripada RELA. Kita kalau melihat skop ini memang RELA tidak boleh melakukan tugas. Tapi kita perlu melihat skop polis berbeza dengan RELA. Pembahagiannya jelas dan kita akan nampak pembahagian itu jelas. Polis memang kita tahu sebagai agensi utama kerajaan untuk menjaga keamanan dan keselamatan negara. Sedangkan RELA mengembleng tenaga rakyat untuk bersatu menjadi satu pasukan sukarela keselamatan. Maknanya kita membantu polis dalam konteks keselamatan. Tentulah polis lebih menyerlah daripada RELA. Bagi kami, kami tidak merasakan itu sebagai kelas kedua. Gagasan kami ialah orang ramai yang ingin berbakti kepada negaranya untuk mempertahankan negera ini maka mereka boleh menyertai RELA.
Dalam konteks ini kita tidak boleh lihat polis lebih tinggi kita tidak boleh samakan dari segi itu walaupun ia memang berbeza tapi kita kena lihat dalam konteks yang lain. Kalau kita melihat RELA ini sebegai satu pasukan sukarela, polis akan kalah kerana gerakan RELA lebih besar dari anggota polis yang kit ada. Anggota RELA jika ditipu semangat sayang negara boleh bertindak dengan hanya bersenjatakan buluh-buluh runcing.
Itulah maksud saya tadi bahawa RELA sebagai barisan pertahanan ketiga negara.
S6. RELA terbuka kepada semua kaum dan tanpa mengira di mana. Bagaimana sambutan warga kota?
Dato’: Walau kelihatannya RELA seperti dianggotai oleh orang Melayu tetapi sebenarnya RELA turut dianggotai oleh bukan Melayu seperti orang Cina dan India. Dengan unifom yang sama setiap ahli RELA akan bertugas berdasarkan prinsip yang sama. Kerana orang yang memakai uniform yg sama akan sama-sama membantu dan menjaga antara satu sama lain. Data kita ada menunjjukan bahawa kita ada beratus-ratus ahli yang terdiri dari warga kota.
S7. Malangnya Dato’, gerakan RELA di kota kita tidak nampak.
Dato’: Saya setuju. Pergerakan RELA ini tidak nampak kerana ia bukan macam polis. Polis dapat dilihat pada setiap ketika berada dalam uniform 24 jam sehari. RELA yang mempunyai 1.2 juta ahli kita tidak nampak kerana mereka tidak memakai uniform. Mereka memakai baju biasa seperti orang awam tetapi mereka berkemungkinan adalah anggota RELA. Kehadiran ahli RELA di kalangan kita hanya dapat dilihat apabila diadanya program dan majlis untuk mengawal keselamatan. Pasukan RELA hanya memakai uniform apabila ada gerakan operasi dan memang sukar untuk mengecam kita kalau tidak beruniform. Kadang-kadang kalau kita berdiri depan orang ramai mungkin mereka tengok seorang dua pakai uniform RELA tetapi mereka tidak tahu yang tidak memakai uniform.
S8. Dato’ mungkinkah juga ia strategi keselamatan negara kerana macam yang Dato’ katakan tadi 3rd line defend. Maknanya siapsiaga untuk apa-apa kemungkinan ancaman keselamatan.
Dato’: Saya sangat setuju kerana kalau kita meletakkan RELA ini dalam keadaan beruniform sentiasa nanati akan keliahtan seolah-olah negara ini tidak aman. Sekiranya negara kita berhadapan dengna situasi darurat, kita boleh gerakkan mereka. Maknanya kalau kita tidak ada RELA, kita tidak ada kesiapsiagaan. Ada sesetengah pihak berpendapat tidak perlu ada pasukan simpanan seperti RELA kerana negara kita aman. Kita juga mempunyai pasukan polis dan tentera. Jadi apa perlunya kepada RELA. Mesti dingat ahli RELA berada di kampung, kampung, daerah, pekan dan bandar. Jika berlaku ancaman kita boleh gerakkan mereka ini pada bila-bila masa sahaja.
S9. Antara keahlian RELA di kota dan di kampung yang mana Dato’ rasakan agak sukar untuk mendapatkan keahlian?
Dato’: Saya ingat bandar lagi susah kerana bandar ini orang semua mengejar kemewahan. Yang bekerja di sektor kerajaan pula kita tiak mempunyai cukup masa untuk menyertai mana-mana persatuan. Yang kita tahu pagi pergi kerja…petang kadang-kadang malam baru balik. Sekarang ini dapatlah kita lihat senarionya mulai berubah. Orang bandar sudah mula menyertai RELA. Untuk memujuk mereka bukan senang dalam konteks dunia mengejar duniawi. Mereka akan bertanya kita balik apa faedah menyertai RELA.
Kalau di kampung pula keadaannya berbeza. Tidak sukar tetapi kebanyakkannya golongan veteran. Yang muda tidak ramai. Inilah antara cabaran RELA.
S10. Orang-orang bandar lebih mementingkan kepada gaya dan citarasa jadi elemen-elemen komersial dalam RELA perlu dipertengahkan. Jadi adakah Dato’ bertegasa agar RELA terus mengekalkan imejnya sebagaimana 39 tahun yang lalu. Atau mungkin sudah tiba masanya RELA menggunakan khidmat perunding imej korporat?
Dato’: Telah banyak sebenarnya syarikat perunding imej yang menawarkan diri untuk menjenamakan semula RELA tetapi apabila kita berbincang di kementerian untuk mendapatkan pandangan banyak perkara lain yang akan terlibat. Tuakr uniform dan sebagainya. Saya ras jika nak menjenamakan semula ialah dari segi modal insannya. Di mana saya lihat ahli RELA sekarang sudah ada 1.2 juta keanggotaan. Kalau tidak diberi peruntukan untuk latihan ia tetap tidak bagus walaupun keanggotaan bertambah 2.5 juta sekalipun. Kalau konsep latihan tidak kita titik beratkan ia akan menjadi seperti batang kay. Maknanya penambahan anggota RELA mestilah penambahan dari segi modal insan untuk memberi mereka latihan dan pendedahan. Mereka perlu dilatih dan disiapsiagakan kalau negara kita menghadapi apa-apa kekecohan. Sekarang kengkangan kita adalah peruntukan untuk latihan.

S11. Bagaimana pula Dato’ melihat akan pandangan bahawa RELA dikekalkan oleh kerajaan atas dasar nostalgik?
Dato’: Kita kena melihat asas pernubuhannya. Sejarah jelas menyatakan bahwa RELA ditubuhkan selepas pergaduhan kaum dan juga senario pada zaman komunis. Maka kerajaan telah melihat perlunya ada penyatuan. Negara kita unik kalau kita tidak pandai menyatupadukan kaum saya rasa walaubagaimana bagus seorang pemimpin itu dia tetap gagal untuk mentadbir negara. Tetapi RELA satu pasukan sukarela yang dianggotai pelbagai kaum. Ia merupakan satu wadah kerajaan walaupun ia wujud dalam keadaan di mana ‘hidup segan mati tak mahu’ kata orang. Tetapi ia sebenarnya perlu dikekalkan dan masih relevan. Walaupun kita mempunyai kecanggihan tentera dan polis ini tidak bermakna RELA perlu dibubarkan.
RELA dianggotai oleh kalangan rakyat terbanyak dan yang terbaik untuk menyumbang ke arah pembangunan negara. Dalam konteks sekarang ini kewujudan RELA telah mula dirasai bukan sahaja di kalangan rakyat jelata tetapi juga di kalangan agensi kerajaan yang lain juga mula menggunakan RELA. Di mana ada dalam dunia ini satu pasukan sukarela yang dianggotai oleh rakyatnya. Di Malaysia kita ada iaitu RELA.
S12. Mungkin ada kata-kata akhir Dato’ sebelum kita menutup temubual ini?
Dato’: Kita tidak akan nampak pentingnya RELA ini jika kita tidak berada di dalamnya.
–team berita ikdn


















6 March 2010
Eksklusif Dari KDN