Selari dengan misi kerajaan dalam menjayakan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) deligasi KDN yang terdiri dari lebih 15 Pegawai Tingginya telah membuat lawatan kerja ke Pusat Panggilan Kecemasan 999 pada 10 Mei 2010 yang lalu. Deligasi yang diketuai oleh KSU KDN Dato’ Sri Mahmood b. Adam turut disertai oleh Ketua Polis Negera Tan Sri Musa Hassan.
Kunjungan itu disambut oleh Datuk Bazlan Osman, Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan Telekom Malaysia. Dalam ucapan aluannya, beliau telah menjelaskan mengenai operasi MERS 999 dan bagaimana 999 dapat membantu KDN menjayakan NKRA. “Sehingga kini kami amat berbangga dan berbesar hati untuk terus bekerjasama dengan KDN. Kerjasama ini melancarkan lagi peranan besar 999,” katanya.
Dalam ucapan balasnya, Dato’ Sri Mahmood memaklumkan mengenai tujuan lawatan adalah untuk mendapatkan lebih gambaran tentang operasi 999. “Kami datang ni bukan untuk menyibuk atau tunjuk pandai tapi kami nak tengok dari segi mana lagi 999 ini dapat memperkemaskan lagi penyampaian kepada rakyat dalam konteks NKRA. In order to believe it, we have to see then we can deliver it,” katanya.
Menurut beliau lagi kepantasan penyampaian maklumat merupakan faktor terpenting dalam membolehkan agensi penguatkuasa dan penyelamat mengambil tindakan susulan dengan cepat dan pantas. Deligasi KDN turut diperdengarkan dengan rakaman beberapa kes panggilan kecemasan.
Deligasi tidak melepaskan peluang melawat pusat memproses panggilan. Taklimat pengoperasian disampaikan oleh Puan. Rozinah Anas, Pengarah Projek MERS999. Selain itu, persembahan slide mengenai operasi MERS999 dipertontonkan dalam taklimat itu.
Lawatan ini merupakan yang pertama seumpamanya dari KDN yang disertai oleh KSU KDN dan Ketua Polis Negara.
–team berita ikdn


















19 May 2010
KDN Sana Sini