Bertempat di Auditorium Kompleks D, Kementerian Dalam Negeri telah menganjurkan majlis dialog bersama pencetak-pencetak berdaftar yang diadakan pada 24 Mei 2010. Dipengerusikan oleh KSU KDN Dato’ Sri Mahmood b. Adam, majlis dialog yang diurusetiakan oleh Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran (PQ) dihadiri oleh syarikat percetakan seluruh negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bermula dari jam 8 malam sehingga 10.30 malam.

Majlis ini telah memberi peluang kepada lebih dari 300 syarikat pencetakan untuk berkongsi pendapat mereka mengenai Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984. Dalam akta berkenaan terdapat 7 elemen subjek yang perlu dipatuhi oleh syarikat percetakan seluruh negara.
“Saya tahu ramai yang melihat akta ini sebagai mengongkong. Malam ini mari kita sama-sama berbincang agar dapt ditambahbaik mana yang kurang. Jadikan KDN sebagai saluran untuk tuan puan semua menjadi pencetak yang semakin bertanggungjawab,” katanya.

Menurut beliau lagi pendekatan kerja Kerajaan hari ini dan KDN khususnya ialah menjemput entiti yang berkenaan untuk sama-sama terlibat dalam perbincangan. Beliau menyeru agar para pencetak mengambil sikap bertanggungjawab dan tidak memikirkan soal keuntungan semata-mata.
“Saya mengambil contoh iaitu pada 5 Mei 2010 yang lepas, sebuah operasi telah dijalankan oleh KDN ke atas syarikat percetakan. Lebih 6,000 buah naskah-naskah yang tidak sepatutnya telah dirampas, terutama sekali pornography. “Be a responsible and a good citizen. Do not talk so much on ringgit and please think of our children”, katanya.
–team berita ikdn


















27 May 2010
KDN Sana Sini