KENYATAAN AKHBAR
YB TUAN JELAING ANAK MERSAT
TIMBALAN MENTERI DALAM NEGERI
Isu Pertikaian Agama Encik Adenin bin Ahmad (19/5/2010, Daily Express, m.s.: 1 & 2, Ruangan Local)
1. Untuk makluman, catatan agama Islam yang tercatat pada Sijil Kelahiran dan juga MyKad seseorang adalah berdasarkan kepada dokumen ibu dan bapa yang dikemukakan semasa pendaftaran kelahiran dan juga semasa permohonan pendaftaran Kad Pengenalan kali pertama semasa kanak-kanak berusia 12 tahun. Catatan Islam tiada kaitan dengan catatan ‘bin’ atau ‘binti’ atau nama yang menyerupai satu-satu bangsa (nama Melayu).
2. Di bawah Akta Pendaftaran Negara, tidak ada peruntukan pindaan agama. Akta tersebut hanya membolehkan pertukaran nama tetapi untuk tukar agama khususnya Islam kena dapatkan surat rasmi dari Mahkamah Syariah dan Jabatan Agama Islam Negeri. Status agama individu tidak boleh ditukar sewenang-wenangnya oleh JPN kerana agensi ini hanya merekod dan mendaftarkan dokumen menerusi borang yang telah diisi oleh pemohon.
3. Dalam kes Encik Adenin bin Ahmad, prosiding kes telah didengar di Mahkamah Syariah pada 11 Mei 2010. Pihak Kementerian melalui Jabatan Pendaftaran Negara akan mengambil tindakan susulan sebaik sahaja mendapat keputusan penghakiman dari Mahkamah Syariah.
Sekian, terima kasih.


















21 May 2010
Teks Ucapan MDN & TMDN