web analytics

ASCOT? Pandangan Peribadi MDN

8 June 2010

KDN Sana Sini

Dato‘ Seri Hishammuddin Tun Hussein:

Lesen ini (ASCOT) telah diluluskan lama dahulu tetapi tidak dilaksanakan oleh Kerajaan kepada pemohon.  Kelulusan ini diberi pertimbangan setelah kerajaan memikirkan ianya ada hubung kait dengan ekonomi hitam atau Black Economy.

Black Economy menjana perolehan sebanyak lebih kurang RM10 bilion. Dan Black Economy ini ada hubung kait rapat dengan jenayah-jenayah serius termasuk Ah-Long, dadah, isu pemerdagangan orang, isu online gambling. Isu-isu ini menjanakan jumlah yang begitu besar sekali jika tidak dibendung. Disebabkan itu, saya telah pun meminta pihak Datuk Seri Mohd Bakri Zinin, Pengarah di Jabatan Jenayah (CIB) dan juga Datuk Koh Hong Sun, Pengarah di Jabatan Jenayah Komersial yang melihat kepada jenayah internet dah online gambling agar dapat memantapkan lagi task force kita untuk melihat kepada isu judi haram ini. Sekiranya gerakan itu berjaya, maka kerajaan boleh membuat keputusan samada hendak

meneruskan atau tidak dalam konteks lesen lama kepada ASCOT ini. Jadi pertimbangan itu boleh membantu kerajaan membuat keputusan dengan gerakan yang bersungguh-sungguh oleh pihak PDRM dan juga sokongan dari kedua-dua Timbalan saya ini (Timbalan Menteri Dalam Negeri) dan saya sendiri dalam usaha untuk kita membendung judi haram yang ada kaitan dengan black economy dan berhubung kait dengan jenayah-jenayah serius seperti gangsterisme, sindiket pelacuran, dadah, Ah-Long, pemerdagangan orang dan sebagainya.

Soalan:  Adakah lesen akan diambil balik?

Lesen belum dilaksanakan lagi. Y.B. Perdana Menteri telah menyatakan bahawa satu perkara yang menjadi kebimbangan beliau selain daripada isu yang dibangkitkan sekarang seolah-olah kita mengeluarkan lesen kepada sesiapa sahaja untuk berjudi. Itu tidak benar. Ini adalah kerana ia merupakan lesen lama dan tidak dibenarkan kepada rakyat yang beragama Islam. Haram tetap haram. Tetapi persepsi dan cara perkara ini dibahaskan dan dihebohkan menuntut kita untuk melihat apa puncanya kita membuat sesuatu  keputusan itu. Dan satu-satunya perkara penting untuk diambil kira ialah mengenai ekonomi hitam atau black economy yang mempunyai hubung kait dengan isu-isu jenayah yang saya senaraikan tadi. Dan jika sekiranya tindakan yang agresif dan bersungguh-sungguh dapat membendung judi haram ini, saya percaya kerajaan akan mengambil kira perkara itu dalam konteks membuat keputusan (pelaksanaan lesen judi kepada ASCOT) yang menjadi isu hari ini.

Soalan:  Dato‘ Seri, judi bola mungkin akan dilaksanakan pada bulan September.

Memang betul. Oleh itu, ia tidak ada kena-mengena dengan Piala Dunia. Sekiranya kita dapat menjurus kepada apa yang ingin dibendung. Yang ingin kita bendung sekarang ialah judi haram dan black economy yang dapat menjana sebanyak RM10 bilion dan dikatakan ada kaitan dengan jenayah-jenayah serius. Jadi sekiranya pihak penguatkuasa seperti PDRM dan pihak kerajaan-kerajaan negeri boleh membantu dan bekerjasama dalam membendung isu judi haram ini maka sebelum September nanti kerajaan boleh membuat keputusan. Jadi apa yang digembar-gemburkan sekarang oleh pihak-pihak yang mungkin membawa perkara ini sebagai isu politik.

Soal jawab media ini berlangsung di sidang akhbar Menteri Dalam Negeri di Bangunan Parlimen semasa menunggu kunjungan WGAD pada 7 Jun 2010

–team berita ikdn

, ,