web analytics

Bangunan Baru Untuk PGA Sri Aman, Sarawak

3 June 2010

KDN Sana Sini

Pasukan Gerak Am (PGA) Sri Aman Sarawak akan menikmati kemudahan prasarana yang lebih baik dengan berlangsungnya Majlis Penyerahan Projek Pasukan Gerak Am (PGA) Sri Aman, Sarawak (Fasa 1) yang telah diadakan di KDN pada 2 Jun 2010.

Majlis menandatangani dokumen penyerahan, majlis telah dilaksanakan oleh syarikat pelaksana iaitu Syarikat Pembinaan BLT Sdn Bhd yang diwakili oleh Pengarah Urusannnya En.Mohammed Redza bin Mohd Yusof.  KSU KDN yang mewakili KDN Dato’ Sri Mahmood b. Adam sebagai pemilik harta ini telah menjadi saksi penyerahan bangunan kepada Dato’ Zubaidah binti Ismail, Timbalan Pengarah Jabatan Logistik PDRM Bukit Aman selaku pihak pengguna.

Projek pembangunan yang diserahkan meliputi Kuaters Kelas F (Blok A & B) (180 Unit), Klinik, Tadika, Sekolah dan Chapel, Cawangan Bekalan (Pusat Agihan) dan Pengangkutan (Pejabat Am), Persenjataan (Pejabat Am), Bengkel, Garaj Simpanan dan Ruang Kunci Kenderaan, Stesen PMP, Setor Peluru Kelas B dan D,diikuti Lapang Sasar Riffle dan Pistol, Closed Quarters Battle (CQB), Bengkel Telekomunikasi, Litar Rentas Halangan, Padang Bola dan Gelanggang Sukan Terbuka dan akhir sekali Pondok Pengawal.

Selepas majlis penyerahan, KSU dan semua yang turut hadir pada majlis tersebut turun ke lobi D1 untuk melihat kereta peronda PDRM yang disewa dari Spanco Sdn Bhd.

–team berita ikdn