web analytics

Cabaran Rentas Cuaca di Bukit Larut

10 June 2010

KDN Sana Sini

Dijenguk kesejukan puncak Bukit Larut, JPAM Negeri Perak telah menganjurkan  mengadakan Latihan Zon Tengah bagi tahun 2010 pada 28-30 Mei yang lalu. Program yang berlangsung selama 3 hari ini melibatkan 150 orang pegawai dan anggota dari 3 buah negeri Zon Tengah iaitu Perak, Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Program yang diadakan ini bertujuan untuk melahirkan anggota Pertahanan Awam yang lebih berdisiplin, mahir dan cekap dalam ilmu pertahanan awam serta mempunyai semangat kerjasama dan ketahanan diri yang tinggi. Melalui program ini juga, ianya dianggap sebagai satu platform bagi anggota Pertahanan Awam mempraktikkan latihan dan pengetahuan yang diperolehi apabila berhadapan situasi kecemasan sebenar.

Sepanjang latihan ini, peserta telah diuji dengan pelbagai latihan. Antaranya peserta terpaksa melalui jalan lasak mendaki Bukit Larut sejauh 13 km melalui laluan jalan kaki dan jalan raya  dan kemudiannya turun semula ke tapak perkhemahan. Manakala di setiap check point pula, peserta  mempelajari kemahiran menyelamat dan pertolongan cemas. Walaupun terpaksa berhadapan dengan pelbagai cabaran dan rintangan namun ianya tidak mematahkan semangat mereka malah dengan adanya semangat kerjasama yang ditonjolkan   Perjalanan ke puncak Bukit Larut mengambil masa hampir 30 minit melalui jalan sempit dan melalui 72 selekoh berliku tajam di lereng bukit. Namun akhirnya puncak Bukit Larut berjaya ditawan.

Program yang berakhir pada pada 30 Mei 2010 lalu, dirasmikan oleh Timbalan Pesuruhjaya (PA) Tuan Selamat Bin Haji Dahalan, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Pertahanan Awam Malaysia. Majlis penutup ini juga turut dihadiri oleh Pengarah Pertahanan Awam Negeri Perak, Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

–team berita ikdn/jpam