web analytics

Ex GAPARA Perlis

3 June 2010

KDN Sana Sini

Selama 3 hari bermula 21 – 23 Mei 2010, Zon Utara JPAM telah menganjurkan Eksesais Gabungan Pertahanan Awam (Ex-GAPARA) yang telah dihadiri oleh 150 orang ahli JPAM.  Peserta yang datang dari negeri Perlis, Kedah , Pulau Pinang dan Pusat Latihan Pertahahan Awam (PULAPA) Baling dikehendaki melalui fasa ujian yang begitu mencabar.

Lokasi eksesais ialah di persekitaran Tasoh Lake Resort. Pada peringkat permulaan peserta diperkenalkan dengan makanan hutan dalam ikhtiar hidup seperti ubi kayu, sup tupai, burung dan pokok ubat-ubatan yang lain. Pada sebelah malamnya pula peserta dikehendaki mendirikan pondok untuk dijadikan tempat perlindungan untuk penyelamat dan mangsa di samping mencari makanan di dalam hutan.

Pada hari kedua, para peserta dikehendaki mengendalikan operasi menyelamat di air dengan mempamerkan kemahiran mengendalikan bot penyelamat.  Tidak terkecuali operasi menyelamat mangsa lemas.  Bagi kemahiran menyelamat di tempat tinggi, anggota dikehendaki menurunkan mangsa yang lemah dari atas bukit di samping memberi rawatan kepada mangsa tersebut.

Peserta turut mempraktikkan taktik menyelamat  dan melawan kebakaran kenderaan.  Tidak terkecuali ialah eksesais menangkap ular.  Ex-GAPARA ternyata banyak memberi impak positif kepada warga JPAM khususnya bagi zon utara ini.

–team berita ikdn/jpam