
Penyerahan Projek Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat, Selangor rasmi diserahkan hari ini 9 Jun 2010. Projek yang menyaksikan PBLT sebagai pelaksana, KDN sebagai pemilik dan PDRM sebagai pengguna diadakan di Bilik Sidang Media, Aras 11, Blok D1. Mewakili PBLT ialah Encik Mohammed Redza B. Mohd Yusuf, Pengarah Urusan Syarikat Pembinaan BLT menyerahkan dokumen bangunan kepada Dato’ Zubaidah Bt. Ismail, Timb. Peng. Jab. Logistik PDRM Bukit Aman. Penyerahan dan penerimaan ini disaksikan oleh Dato’ Sri Mahmood B. Adam, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri.

IPD Kuala Langat yang berharga RM 66,992,293.63 telah siap sepenuhnya pada 4 Mac 2010 dan memperolehi CF pada 19 Mei 2010. Pembinaan yang bermula pada 10 Disember 2007 ini meliputi pembinaan bangunan pentadbiran, 130 unit Kuarters Kelas F, 1 unit Banglo Kelas C, bangunan cawangan bengkel kenderaan dan bengkel, pound trafik, rumah ‘magazine’, stesen PMP dan bilik janakuasa, 2 unit pondok pengawal, 1 unit pusat pengumpulan sampah, sub-stesen TNB dan STP.

Projek ini merupakan satu proses pembaik pulih yang dilakukan oleh syarikat PBLT untuk Kementerian Dalam Negeri. Turut hadir Dato’ Mohd. Noor B. Hashim,TKSU (P), Dato’ Abdul Rahim B. Mohd. Radzi, TKSU (PPP), Dato’ Sulaiman B. Hj. Keeling, SUB (PB), Encik Razak B. Drahman, SUB (SM), Dato’ Nor Ashikin Bt. Hj. Md. Salim, SUB (KW).

–team berita ikdn


















9 June 2010
KDN Sana Sini