web analytics

Isytihar Harta Salah Satu KPI KDN

3 June 2010

KDN Sana Sini

Pengisytiharan harta oleh semua warga KDN adalah KPI kementerian yang juga menjadi KPI KSU.  Perkara itu dibangkitkan oleh Dato’ Sri Mahmood b. Adam di pertemuan beliau dengan warga KDN pada  25 Mei 2010 yang lalu.


Ketua Setiausaha KDN itu mengusulkan pertemuan dengan warga yang belum mengisytiharkan harta mereka untuk mengetahui lebih dekat masalah yang dihadapi.  Seramai 80 warga KDN didapati telah gagal untuk mengisytiharkan harta mereka pada tempoh yang ditetapkan.

“Kita bukan sahaja mahu mencapai seratus peratus dalam KPI bahkan kita memang telah mengetahui bahawa mana-mana penjawat awam yang tidak mengisytiharkan harta mereka boleh diambil tindakan tatatertib sehingga boleh dibuang kerja,” katanya.


Di sesi dialog warga KDN telah memaklumkan sebab kegagalan mereka membuat pengisytiharan harta.  Mereka merungut kerana sistem dalam talian yang diwujudkan sering kali terganggu dan mengambil masa kerja mereka yang panjang.  Sedangkan matlamat sistem dalam talian adalah untuk memudah dan menjimatkan masa.


KSU bersetuju dengan cadangan agar penggunaan borang secara manual dibenarkan dalam kes ini dan ianya berkuatkuasa serta merta.  Pertemuan lebih satu jam ini turut dihadiri oleh Timbalan Setiausaha Bahagian Sumber Manusia, Puan Saadiah Bt Mohamad.

Setiap penjawat awam diwajibkan mengisytiharkan harta masing-masing  yang bertujuan untuk mengelakkan mereka dari terjebak dengan perlakuan rasuah dan salah guna kuasa.

–team berita ikdn