web analytics

Isu Dagang Orang Di Program 999, TV3

1 June 2010

KDN Sana Sini

Sesi temubual TV3 bersama Timbalan Ketua Setiausaha (3P) Kementerian Dalam Negeri, Dato’ Abd. Rahim bin Ahmad Radzi telah berlangsung selama 30 minit bertempat di pejabat Dato’ Abd. Rahim sendiri. Temubual isu pemerdagangan orang ini dilaksanakan oleh Encik Shanum Hanif, wartawan program 999 pada 26 Mei 2010 yang lalu.

Pemerdagangan Orang adalah jenayah. Ia mengeksplotasi manusia yang lain serta menafikan hak asasi manusia sejagat. Isu ini telah menarik perhatian ramai sejak satu demi satu kisah kesengsaraan mangsa didedahkan oleh media.

“Kementerian Dalam Negeri juga telah melaksanakan beberapa tindakan. Kita telah pun memasang billboard, bunting serta mengedarkan poster-poster sebagai kempen kesedaran membanteras pemerdagangan orang, dan juga kita ada interaksi antara kerajaan-kerajaan luar.” Jelas TKSU (3P).

“Marilah kita sama-sama membanteras pemerdagangan orang. Jangan takut untuk tampil ke hadapan memberi maklumat. Kementerian Dalam Negeri ingin mengingatkan orang ramai bahawa isu pemerdagangan orang bukan sahaja mengundang gejala sosial tetapi ia turut dikategorikan sebagai jenayah,” katanya.

Ketika ini untuk memudahkan orang ramai memberi maklumat, talian 999 telah dijadikan talian kecemasan tunggal. . Anda boleh menghubungi nombor 999 jika ingin memberi info atau telah menjadi mangsa pemerdagangan.”

–team ikdn