web analytics

Isu Kelarian Banduan Reman Di Hospital Selayang

11 June 2010

KDN Sana Sini

KENYATAAN MEDIA JABATAN PENJARA MALAYSIA

BERKENAAN KEJADIAN KELARIAN BANDUAN REMAN

DI WAD 7D HOSPITAL SELAYANG

Jabatan Penjara mengesahkan bahawa pada 6 Jun 2010, jam 11.30 malam telah berlaku kejadian kelarian seorang banduan reman di Wad 7D Hospital Selayang, Selangor.  Banduan bernama Suresh a/l Krishnan telah bertindak melarikan diri semasa menerima rawatan kesihatan di hospital tersebut.

Sehubungan itu, insiden berkenaan telah dilaporkan kepada pihak Polis.  Sejurus selepas itu, Jabatan Penjara telah melancarkan operasi mencari dan mengesan banduan tersebut.  Pada 7 Jun 2010, jam 5.50 pagi banduan reman berkenaan telah berjaya ditangkap semula di Wisma Eagles, Jalan Ipoh.

Penjara Sungai Buloh yang bertugas dalam gerakan mencari kerana berjaya menangkap semula banduan reman yang melarikan diri.

Walaupun begitu, Jabatan kesal di atas kejadian yang sepatutnya tidak berlaku.  Sehubungan itu juga, Jabatan Penjara telah mengambil langkah menubuhkan lembaga siasatan bagi menyiasat insiden berkenaan.  Tindakan menahan kerja akan dilaksanakan terhadap anggota yang didapati cuai semasa menjalankan tugas sehingga menyebabkan berlakunya kelarian tersebut.

(ZA’ABA BIN HJ. ABU BAKAR)

Pegawai Perhubungan Awam

Jabatan Penjara Malaysia

b.p. Ketua Pengarah Penjara Malaysia

,