Apa jua topik berkait Pekerja Asing di Malaysia pasti menarik untuk didengar. Menyedari tanggungjawab sosialnya kepada rakyat negara ini, TRAXXfm sebuah stesen radio berbahasa Inggeris telah menemubual Encik Abdul Wahap bin Abdul Hamid, Timbalan Setiusaha Bahagian Pekerja Asing, Kementerian Dalam Negeri. Tujuan temubual ini yang telah diadakan pada 26 Mei jam 11.15 pagi itu adalah untuk menyingkap dengan lebih lanjut kisah pekerja asing di Malaysia dengan tajuk ‘Recruitment of foreign workers and the role of outsourcing companies on the matter‘.

Pendengar didedahkan dengan pelbagai persoalan berkaitan isu kehadiran pekerja asing di negara ini. Encik Abdul Wahap menjelaskan bahawa seramai 1,980146 pekerja asing yang telah berdaftar di Malaysia dan mereka datang dari 14 buah negara seperti Indonesia, Filipina, Laos, dan Nepal. Menurutnya lagi Kementerian Dalam Negeri mempunyai makmal mengkaji Pekerja Asing untuk mengkaji semua isu yang berkait rapat tentang warga asing dan pekerja asing.
Semua pekerja asing yang dibawa masuk ke Malaysia ini adalah untuk keperluan sumber manusia di enam sektor terbesar iaitu sektor pembinaan, sektor pengeluaran, sektor perkhidmatan, sektor perladangan dan sektor pertanian. Menjelaskan mengenai pengambilan pekerja asing di Malaysia, En Abdul Wahab menjelaskan terdapat dua cara iaitu pertama syarikat yang ingin mengupah pekerja asing pergi sendiri ke negara terbabit untuk membawa masuk pekerja asing atau boleh menggunakan recruitment company.

Ketika menjawab soalan DJ stesen berkenaan Cik Priscilla mengenai peranan recruitment company, beliau menerangkan bahawa terdapat beberapa kebaikan menggunakan recruitment company antaranya adalah boleh mengatasi masalah agen yang mengekplotasikan pekerja asing dengan mengenakan bayaran yang tinggi dan juga boleh mengatasi masalah penggunaan pekerja asing tanpa izin di Malaysia. Kebanjiran pekerja asing di Malaysia juga boleh dikurangkan iaitu penggunaan pekerja asing hanya untuk tempoh masa yang singkat sehingga sesebuah projek itu siap.
Temubual yang berlangsung selama 45 minit ini disiar secara langsung dengan suasana yang segar serta santai kerana diselang selikan oleh lagu-lagu kesukaan ramai era 70 an dan awal 80an.
–team berita ikdn


















1 June 2010
KDN Sana Sini