Keselamatan jalanan di Johor Bharu akan diperkemaskan lagi dengan beroperasinya Skuad Ninja. Skuad ini merujuk kepada unit motosikal Kawasaki KLX250 yang digerakkan oleh 16 orang anggota polis. Kawasan penugasan ialah sekitar Johor Bharu, Larkin, Plaza Pelangi dan pusat bandar.

Pengwujudan unit ini adalah inisiatif Kementerian Dalam Negeri sebagai salah satu kaedah tindakan NKRA. Digelar dengan nama isitimewa Skuad Ninja kerana ia melakukan tugas rondaan secara bergilir dan berterusan dalam tempoh 24 jam.

Pasukan Polis Johor Bahru merupakan perintis kepada penubuhan Skuad Ninja. Penggunaan motosikal akan memudahkan pemantauan dan tinjauan sehingga ke jalan-jalan sempit yang sukar dimasuki oleh kenderaan lain. Kehadiran Skuad Ninja tentu sekali diharapkan dapat mengurangkan kadar jenayah di Johor Bharu yang disenaraikan sebagai salah satu kawasan panas jenayah jalanan.
–team berita ikdn


















3 June 2010
KDN Sana Sini