Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) terus mengorak langkah menyahut tuntutan transformasi dalam bidang sukarelawan awam dengan penubuhan Siswa Siswi Pertahanan Awam Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (SISPA UTHM). Pelancaran pada 13 Jun 2010 itu menjadi lebih bermakna apabila ianya disempurnakan sendiri oleh Menteri Dalam Negeri, Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein.

SISPA adalah singkatan kepada kursus kokurikulum Pertahanan Awam di Universiti Putra Malaysia yang mula ditawarkan pada tahun 2003. SISPA merupakan badan beruniform yang berteraskan Jabatan Pertahanan Malaysia (JPAM). UTHM telah mengemukakan permohonan kepada JPAM pada 29 April 2009 untuk mewujudkan penubuhan Kor SISPA dan telah diluluskan. kurikulum yang berkredit ditawarkan dalam enam peringkat iaitu SISPA I, SISPA II, SISPA III, SISPA IV, SISPA V dan SISPA V1. Setiap kursus mewakili 1 kredit dan pelajar diwajibkan lulus setiap peringkat untuk melayakkan mereka pergi ke tahap seterusnya.

Pada majlis ini turut disampaikan Watikah Pelantikan Pegawai Bersekutu kepada enam orang pegawai yang masing-masing membawa gelaran Leftenan Kolonel Bersekutu, Mejar Bersekutu dan Kapten Bersekutu. Mengiringi MDN di majlis ini ialah Prof. Dr. Jailani Md. Yunos, Naib Canselor UTHM dan Dato’ Abdul Halim Abdul Hamid, Ketua Pengarah JPAM.
— team berita ikdn


















16 June 2010
KDN Sana Sini