“Berhati-hati jika mahu melupuskan apa jua barang terutama sekali yang melibatkan harta kerajaan. Bukan sembarang barang boleh dilupus. Begitu juga jika dengkikan saya sekalipun janganlah sampai kereta saya turut nak dilupuskan,” begitu gurauan KSU KDN Dato’ Sri Mahmood b. Adam di pembuka bicara sebelum melancarkan program Gotong Royong Perdana 5S KDN.
Pelancaran yang dihadiri oleh warga KDN diadakan bertempat di Dewan Gemilang adalah simbolik kepada amalan 5S peringkat KDN yang telah dimulakan pada 13 April yang lalu. Gotong royong ini merupakan pra-syarat untuk mendapatkan sijil Amalan 5S.

Dikenali sebagai ‘Kaizen’ di Jepun 5S merupakan satu metodologi yang diperkenalkan oleh Dr Thuciya yang menekankan tentang amalan penjagaan di tempat kerja dengan menggunakan 5 elemen bermula dengan abjad ‘S’ iaitu Sisih, Susun, Sapu, Seragam, dan Sentiasa Amal. Amalan ini amat berkesan dalam usaha memotivasikan pekerja, meningkatkan produktiviti, membentuk persekitaran kerja yang selamat dan melahirkan budaya tolong menolong. Manakala barang-barang yang perlu dilupuskan haruslah berdasarkan oleh Tatacara Pelupusan Aset Kerajaan.
Simbolik pelancaran semudah merincih kertas-kertas lama apabila KSU memasukkan kertas lama ke dalam mesin shredder sebagai tanda perasmian Program Gotong Royong Perdana 5S.

“Berjemaah bukan sahaja ketika kita bersolat sebaliknya dalam gotong royong juga boleh kita berjemaah. Ia lebih meriah dan dan enjoy dalam kerja. Kita beri sijil semua kepada yang hadir hari ini,” seloroh beliau sambil disambut dengan hilai ketawa dari warga yang hadir.

Demi melancarkan lagi perjalanan gorong royong ini penjawat awam di KDN hari ini diizinkan untuk memakai pakaian sukan. Hari Khamis adalah hari memakai pakaian batik untuk semua petugas kakitangan awam. Gotong royong yang bermula pada 8.30 pagi akan tamat pada 5.00 petang yang sama. Namun begitu, urusan tugas harian masih dilaksana seperti biasa. Bagi petugas yang mempunyai urusan rasmi seperti mesyuarat dan seminar mereka dikecualikan dari 5S dengan pemakaian batik.
–team berita ikdn


















3 June 2010
KDN Sana Sini