Topik Rancangan Malaysia Ke-10 menjadi tajuk perbincangan dalam mesyuarat Pasca Kabinet Kementerian Dalam Negeri yang dipengerusikan oleh Menteri Dalam Negeri Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein. Pasca Kabinet yang berlangsung pada 11 Jun itu turut dihadiri oleh dua Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wira Abu Seman b. Yusop dan Dato Lee Chee Leong. Tuan Jelaing Anak Mersat bekas Timbalan Menteri Dalam Negeri turut hadir.

“Hari ini kita membincangkan mengenai Rancangan Malaysia Ke-10 dan dari mesyuarat tadi, kami melihat dan membincangkannya secara terperinci. Sukacita saya hendak maklumkan di sini bahawa banyak yang telah pun diumumkan selari dengan apa yang kita rancang sebelum ini,” kata Daqto’ Seri Hishammuddin ke media selepas mesyuarat itu.
“Saya lihat, dengan pembentangan Rancangan Malaysia Ke-10, bermakna hala tuju perancangan dan usaha kita untuk melangkah ke hadapan berada di atas landasan yang baik, di mana Gagasan 1 Malaysia rakyat, pencapaian dan dimasukkan juga penekananan kepada GTP (Government Transformation Programme) dan juga ETP (Economic Transformation Programme) dan akhirnya sempadan yang ditetapkan untuk RMK10 telah pun sedia ada. Jadi, hari ini kita di peringkat KDN memikirkan di mana samada di bawah GTP atau ETP yang mempunyai hubung kait rapat dengan KDN,” katanya.

Menurut beliau lagi seperti yang beliau arahkan segala janji-janji yang dibuat sebelum ini kepada rakyat menepati seperti mana pembentangan RMK10 itu. Beliau berpuas hati dengan penyampaian KDN dan hala tuju KDN selanjutnya ialah melangkah terus ke hadapan.
“Dengan hala tuju dan perancangan yang jelas tidak akan menjadi masalah pun kepada KDN. Ianya mudah, telus dan boleh dilaksanakan. Antara 2 perkara yang diberi penekanan oleh KDN berkait aspek keselamatan ialah isu warga asing serta pekerja asing. Yang pertamanya adalah dalam konteks GTP dan NKRA dan yang keduanya dalam konteks ETP dan NKEA.,” katanya.
–team berita ikdn


















12 June 2010
KDN Sana Sini