web analytics

KDN Tinjau Pembinaan Balai Polis Bergerak

23 June 2010

KDN Sana Sini

Pada 23 Jun 2010, rombongan Kementerian Dalam Negeri  (KDN) yang diketuai oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Dato’ Md Nor b. Hashim telah mengadakan lawatan kerja ke Deftec  atau  DRB-HICOM Defence Technologies Sdn Bhd.  Deftec  telah diberi tanggungjawab oleh KDN untuk membina Balai Polis Bergerak.  Syarikat ini mendapat kepercayaan KDN kerana reputasi baiknya sebagai sebuah syarikat pembekal utama dalam bidang kenderaan pertahanan dan keselamatan.

Lawatan kerja ini bertujuan untuk melihat perkembangan pembinaan Balai Polis Bergerak.  Balai Polis Bergerak ini adalah salah satu dari langkah yang diambil oleh Kerajaan Malaysia melalui KDN untuk menangani isu-isu jenayah jalanan khususnya.  Ia akan ditempatkan di lokasi-lokasi panas (hot spots) yang telah dikenalpasti.

Menyambut kedatangan rombongan KDN ini ialah Penasihat Deftech Dato’ Aziz Shahar, Pengarah Automotif DRB-HICOM Dato’Nik Hamdam Nik Hassan dan Ketua Pegawai Operasi Deftech Left.Kol. (B) Tuan Muhammad Lokman Mohd Zain.

Selain mendengar taklimat, rombongan turut dibawa melawat kilang operasi memasang balai berenjin itu.  Sebanyak 6 buah van dan 14 buah bas mini yang bakal dijadikan Balai Polis Bergerak sedang dibina dan dijangkakan akan siap pada hujung bulan ini.  Setakat ini sebanyak 54 buah van dan 16 buah bas mini telah disiapkan dan telah digunakan oleh PDRM.

–team berita ikdn