KETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN DALAM NEGERI (KSU KDN) DATO’ SRI MAHMOOD B. ADAM TELAH MENGADAKAN PERTEMUAN DENGAN EDITOR SUARA KEADILAN SAUDARA ZULKARNAIN TAIB. PERTEMUAN YANG BERLANGSUNG SELAMA 2 JAM ITU PADA 28 JUN 2010 BERTUJUAN UNTUK MENDAPATKAN PENJELASAN MAKSUD DAN TUJUAN SUARA KEADILAN YANG MENYIARKAN ARTIKEL BERTAJUK FELDA BANKRAP. BERIKUT IALAH KENYATAAN YANG DIBERIKAN OLEH KSU KDN ITU KEPADA PIHAK MEDIA YANG MENUNGGU SEJAK JAM 5 PETANG LAGI.
“Pada mesyuarat tadi kami telah memanggil editor berkenaan dan meminta penjelasan berhubung dengan 3 surat tunjuk sebab yang telah kita hantar sebelum ini tetapi tidak berjawab. Surat tunjuk sebab berkenaan kami keluarkan pada bulan Januari, Mac dan seterusnya April. Mereka perlu berikan jawaban untuk 3 surat tunjuk sebab yang berkenaan sebelum atau pada jam 5 petang besok (29 Jun 2010).”
“Tadi juga kita telah menghantar satu lagi surat tunjuk sebab berkenaan tajuk akhbar ‘Felda Bangkrap’. Kita meminta mereka untuk memberikan penjelasan dalam masa tujuh hari bermula hari ini (28 Jun 2010).”
“Jika mereka gagal menjawab (3 surat tunjuk sebab), macam-macam tindakan yang boleh diambil sehingga ke peringkat penggantungan permit atau kita batalkan permitnya. Tetapi permitnya (suara Keadilan) akan tamat 30 Jun ini.”
“Surat yang pertama adalah berkenaan tanggungjawabnya sebagai editor kerana mereka sepatutnya menghantar lapan salinan apa sahaja yang telah dicetak dari waktu mereka cetak kepada kita. Ianya adalah secara harian. Isunya di sini mereka tidak pernah hantar kepada kami.”
“Keduanya ialah kami meminta penjelasan (surat tunjuk sebab) berkait 3 artikel yang mereka siarkan pada bulan Februari. Isu yang pertama ialah UMNO dan Barisan Ketagih Hasil Petronas. Isu kedua ialah BN Bolot Jual Saham Pernas dan isu ketiga ialah UMNO dan BN Merosakkan Intitusi perubatan.”
“Surat (dari KDN) pada bulan April itu adalah berkenaan lapan salinan yang telah dicetak tetapi tidak pernah dihantar. Kita telah menghantar peringatan tetapi mereka tetap berdegil dan kita juga turut memanggil mereka pada hari Jumaat lepas tetapi mereka tetap tidak hadir.”
“Mereka seharusnya menghantar surat berkenaan pada hari esok dan kita akan mengadakan mesyuarat untuk melihat samada kita terima atau tidak penjelasan mereka. Masa yang ditetapkan adalah pukul 5 petang. Samada mereka ada atau tidak kami tetap akan mengadakan mesyuarat.”
“Mereka harus menjawab kerana permitnya akan tamat pada 30 Jun ini dan saya berpandangan tindakan ini berpatutan kerana kami telah beberapa kali memberi peringatan.”
“Tugas saya tadi adalah untuk memberitahu mereka tentang apa yang kita buat, mengapa kita panggil mereka dan meminta penjelasan. Selalunya hanya TKSU (K) sahaja yang panggil tetapi untuk ini adalah pertama kali KSU panggil. Dan ini adalah sangat serius.”
–team berita ikdn


















29 June 2010
KDN Sana Sini