web analytics

Kenyataan Media Jabatan Penjara Malaysia

25 June 2010

KDN Sana Sini

KENYATAAN MEDIA
JABATAN PENJARA MALAYSIA
PENJELASAN BERKENAAN LAPORAN BERITA
PEGAWAI PAROL DIHUKUM PENJARA ATAS KESALAHAN RASUAH
DI MAHKAMAH SESYEN KOTA TINGGI, JOHOR

1. Jabatan Penjara merujuk kepada laporan berita yang disiarkan oleh pihak media massa pada tarikh 22 dan 23 Jun 2010 berkaitan dengan
“Pegawai Parol dihukum penjara atas kesalahan rasuah di Mahkamah Sesyen Kota Tinggi, Johor pada 22 Jun 2010”.

2. Jabatan ini mendapati bahawa pihak media massa telah membuat laporan berita yang tidak tepat. Tertuduh Mohd Oza bin Mohd Esa, bukanlah
seorang Pegawai Parol yang berkhidmat dengan Jabatan Penjara Malaysia tetapi sebaliknya merupakan seorang bekas banduan yang pernah
menjalani hukuman di Penjara Simpang Renggam dan dalam kes tersebut beliau telah menyamar sebagai Pegawai Parol.

3. Laporan yang kurang tepat tersebut boleh menjejaskan reputasi dan imej Bahagian Parol serta Jabatan Penjara Malaysia.

4. Sehubungan itu, Jabatan Penjara Malaysia memohon kerjasama pihak media massa supaya dapat membetulkan fakta laporan berita tersebut
bagi menjaga imej Jabatan Penjara Malaysia.

Sekian, terima kasih.

(ZA’ABA BIN HJ. ABU BAKAR)

Pegawai Perhubungan Awam
Jabatan Penjara Malaysiab.p. Ketua Pengarah Penjara Malaysia