web analytics

KSN : Tidak Guna Kemudahan Pengangkutan Awam Dengan Baik, Jangan Salahkan Kerajaan

15 June 2010

KDN Sana Sini

NANYANG SIANG PAU, 6 JUN 2010

Muka Surat :A8

KSN : TIDAK GUNA KEMUDAHAN PENGANGKUTAN AWAM DENGAN BAIK, JANGAN SALAHKAN KERAJAAN

Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd Sidek Hassan berkata, di dunia ini tiada sistem pengangkutan awam yang cukup sempurna. Berhubung masalah pengangkutan, rakyat perlu juga menggalas sebahgian tugas, jangan asyik menyalahkan kerajaan.

Katanya, “Ini kerana sikap rakyat sendiri ada masalah. Kemudahan pengangkutan awam di Putrajaya boleh dikatakan cukup sempurna. Tetapi, kita mendapati sesetengah suami isteri yang bekerja di dalm syarikat yang sama, mereka masih memandu kereta masing-masing ke pejabat. Ini sesungguhnya menyakitkan hati kami.

Tidak Sanggup Keluar Rumah Awal

Semasa diwawancara khas oleh pemberita khas oleh pemberita harian ini di JPM di Putrajaya, Sidek memberi komen beliau berhubung rakyat membantah JPJ menghapuskan sistem pemberian diskaun saman.

Beliau mengambil Putrajaya sebagai contoh. Ramai penjawat awam yang tinggal di rumah awam Putrajaya, sebahagian besar tidak menggunakan kemudahan pengangkutan awam yang dibekalkan oleh kerajaan dengan baik kerana mereka enggan keluar awal.

Beliau berkata, penjawat ini bertegas memandu kereta ke jabatan kerajaan yang tidak jauh jarak dari tempat kediaman mereka. Ini menyebabkan kesesakan lalu lintas dan kekurangan medan letak kereta.

Katanya, kerajaan telah membuka banyak medan letak kereta di sekitar Putrajaya. Penjawat awam boleh meletakkan kereta mereka di situ dan menaiki pengangkutan awam ke pejabat. Walau bagaimanapun, tiada orang sudi berbuat demikian.

Beliau mencabar penjawat awam yang bekerja dan tinggal di Putrajaya menyahut program kongsi kenderaan bagi menyelesaikan kekurangan medan letak kereta.

Sidek menegaskan, minda kerajaan dan rakyat harus berubah serta-merta supaya negara kita dapat terus maju dan membangun.

Katanya, rakyat tidak harus asyik menuduh kerajaan tidak mampu membekalkan kemudahan pengangkutan awam yang sempurna. Sebaliknya, harus muhasabah diri, mengkaji sikap memandu dan disiplin masing-masing bagi mengurangkan penerimaan saman dari unit penguatkuasa.

‘Tiada sebuah negara yang mempunyai kemudahan pengangkutan yang betul-betul sempurna dan tak terkalahkan. Sebuah negara jika ingin maju dan berkembang, rakyatnya haruslah menghormati undang-undang.’

Beliau memberi contoh, Tokyo, Jepun pada masa puncak pergi dan balik dari pejabat, setiap stesen keret api di bawah tanah sesak oleh golongan bekerja dan memerlukan orang khas di luar gerabak untuk menolak penumpang ke dalam gerabak. Pengangkutan awam di negara itu jelasnya mampu memenuhi tuntutan yang berlebihan.

‘Pencapaian Singapura hari ini disebabkan kerajaannya menguatkuasakan undang-undang ketat dan rakyatnya menghormati undang-undang. Kemudahan pengangkutan awam yang dibekalkan oleh kerajaan kepada rakyat tidak dapat mengatasi tuntutan yang semakin bertambah. Rakyat harus menyesuaikan diri dengan sistem’.

Demi Tempat Letak Kereta Bergaduh

Sidek memberi contoh lagi. Satu blok apartmen penjawat awam yang terletak di Jalan Intan, Kuala Lumpur yang mempunyai 298 unit rumah. Meskipun basement mempunyai 300 parkir, tetapi masih tercetus banyak masalah.

‘Cuba bayangkan, sebuah rumah sekurang-kurangnya mempunyai 3 hingga 4 buah kereta. Biarpun parker bertambah, ia juga tidak dapat menyelesaikan masalah. Penjawat awam juga pernah bergaduh kerana tempat letak kereta.

Jangan Salah Tafsir Konsep 1Malaysia

Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd Sidek Hassan menyeru rakyat supaya tidak salah tafsir makna konsep 1Malaysia ‘ Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan’ yang dilaungkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata, ‘Rakyat Didahulukan’ yang dilaungkan oleh Najib tidak membiarkan rakyat melakukan perkara yang tidak dianggap betul dan dihalalkan.

‘Ada orang selepas menerima saman, telah melalui pelbagai saluran meminta bantuan daripada saya dan berkata, ‘ Rakyat didahulukan’ berilah diskaun kepadanya.

‘Begitu, jika anda memandu atau memberhentikan kereta dengan melanggar undang-undang. Perbuatan ini teah menangguhkan wanita mengandung dari bersalin atau berlaku kejadian kecemasan dan membawa bencana maha besar. Silalah jawab ‘Adakah ini masih ‘Rakyat didahulukan?’.

Kelemahan Biasa Rakyat, Semua Ingin Memiliki Kereta

 

Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd Sidek Hassan berkata, Malaysia mempunyai kelemahan biasa, iaitu semua orang mahu memiliki kereta.

Beliau berkata, meskipun rakyat tidak berpendapatan tinggi, tetapi perlu memikul pinjaman kereta yang amat tinggi. Ini menyebabkan pendapatan mereka tidak cukup menampung kos perbelanjaan dan hidup menderita.

‘Ramai orang ingin membeli kereta dan juga mudah untuk membeli kereta. Tetapi, akhirnya akan mencetuskan pelbagai masalah. Apabila pendapatan tidak cukup menamoung kos perbelanjaan. Mereka akan mengadu gaji penjawat awam tidak tinggi dan ini juga menyebabkan kesesakan lalu lintas.’

Penduduk Malaysia mempunyai kira-kira 24 juta orang. Mengikut anggaran, hampir separuh penduduk memiliki kereta.

Tidak Perlu Bergantung Pada Wang Denda Untuk Menambah Pendapatan

 

Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd Sidek Hassan berkata, kerajaan tidak perlu bergantung pada wang denda untuk menambah pendapatan negara. Mengeluarkan saman kepada pemandu yang melanggar peraturan adalah untuk mendidik mereka mematuhi undang-undang.

Beliau berkata, menuduh kerajaan melalui pengeluaran saman bertujuan mengaut untung adalah tidak benar sekali. Pada hakikatnya, kerajaan mengeluarkan saman bertujuan baik. Dengan harapan rakyat mematuhi undang-undang dan tidak mengabaikan undang-undang. Ini supaya pemandu tidak memandu kenderaan secara tidak tentu arah di jalan raya.

Terdahulu, Ketua Pengarah JPJ, Datuk Solah Mendedahkan Jabatannya akan mengadakan on-line bersama Jabatan Pendaftran Negara dan Kerajaan Tempatan. Ini bagi memastikan pesalah trafik setelah menerima saman akan melunaskan denda dalam had tempoh yang ditetapkan. Sebaliknya, jumlah denda akan dinaikkan beransur-ansur.

Kerajaan Negeri Melaksankan On-Line Secara Berperingkat

 

Mohd Sidek Hassan berkata, berikutan JPJ, Jabatan Pendaftaran Negara dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur mengadakan on-line berkuat kuasa 1 Jun ini bagi memastikan mereka yang melanggar undang-undang tidak dapat terlepas.

Beliau menasihatkan pemandu kereta di seluruh negara selepas menerima saman, jangan ingat ada peluang melepaskan diri dari membayar samn meskipun selepas sekian lam tempoh berlalu.

‘ Jangan menganggap pihak penguatkuasa akan melupakan saman anda. Ini adalah mustahil. Ini kerana kita semua akan mengadakan on-line secara berperingkat. Sampai masa itu, tengok ke mana dapat anda larikan diri.’

Beliau berkata kesedaran sivik rakyat negara ini adalah kerana sikap ‘nasib baik’ sdan kian merosot. Tambah pula penguatkuasaan terlalu longgar. Ini menyebabkan rakyat tidak mengambil serius wang denda saman.’

‘Terpenting adalah sikap rakyat, kecekapan penguatkuasaan juga adalah salah satu factor yang perlu diambil kira.’

Catatan soal dan jawab

Soalan : Tan Sri pernah kata sektor perkhidmatan awam tidak lagi mangkuk besi. Adakah ini bermakna penjawat awam akan dipecat bila-bila masa sahaja?

Jawab : Memang benar sector perkhidmatan awam bukan lagi mangkuk besi. Seluruh penjawat awam perlu mencapai KPI masing-masing bagi membantu pentadbiran kerajaan mengekalkan kadar kecekapan tinggi. Bekerja keras supaya negara ini dapat memasuki tangga kelima pertama dalam buku tahunan daya saing dunia, jika tidak tempat mereka akan diganti bila-bila masa sahaja.

Soalan : Bagaimana memastikan penjawat awam mencapai KPI dalam jawatannya?

 

Jawab : Sebagai seorang penjawat awam, harus sentiasa mendisiplin diri masing-masing. Mematuhi peraturan dan bekerja dengan tekun dan bersungguh-sungguh. Seandainya jawatan diri sendiri juga tidak mampu mencapai KPI, perlulah menjelaskan kepada bos. Pada hakikat, negara kita sebelum ini sudah ada peraturan, tetapi tidak dikuatkuasakan dengan ketat. Ini menyebabkan semua cawangan beransur-ansur bekerja sambil lewa. Kecekapan keseluruhan juga turut merosot.

Soalan : Orang awam mengadu pegawai perkhidmatan kaunter tidak nampak bayang pada waktu pejabat. Bagaimanakah masalah ini dapat diselesaikan.?

Jawab : Pada waktu pejabat, pegawai kaunter meninggalkan kaunter tanpa izin, pergi minum, rehat dan menguruskan hal peribadi adalah perbuatan yang tidak betul, tidak mencapai prestasi. Di dalam masyarakat ini, anda perlu menyesuaikan dengan sistem, bukan sistem menyesuaikan anda. Hanya mematuhi peraturan yang tepat dan adil serta mengamalkan sikap budiman dalam penguatkuasaan undang-undang, dapatlah mencapai situasi budiman dlam penguatkuasaan undang-undang, dapatlah mencapai situasi menang-menang. Ini bukan saja tidak akan mengganggu sentimen tugas penjawat awam, malah dapat meningkatkan kecekapan keseluruhannya..

Soalan : Bagaimanakah kemerosotan rasuah di sektor perkhidmatan awam dapat dibanteras?

 

Jawab : Anda perlu faham dengan jelasnya, kemerosotan rasuah bukan saja muncul di sektor perkhidmatan awam. Sebenarnya masalah rasuah di sektor swasta tidak kalah sektor awam. Hanya saja perbankan muncul banyak kes penyelewengan. Membeli sebuah rumah , memerlukan tiga peguam untuk menguruskan pinjaman perumahan serentak. Dalam aspek prosedur kelulusan, perlu melibatkan banyak lagi ‘saluran’ tertentu.