Akta Antiperdagangan Orang baru berusia dua tahun sejak diperkenalkan pada awal 2008 tetapi sudah menampakkan keberkesanannya. Berdasarkan rekod sepanjang tempoh itu seramai 1,405 orang mangsa telah berjaya diselamatkan yang berasal dari 19 buah negara. Daripada jumlah itu seramai 324 orang mangsa pemerdagangan orang telah diberikan perintah perlindungan (IPO). Sehingga 17 Mei 2010 sebanyak 163 pertuduhan telah dibuat dan 144 daripadanya telah didaftarkan di mahkamah dan 9 kes telah disabitkan kesalahan.

Maklumat itu adalah antara jawaban balas Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Dato’ Sri Mahmood bin Adam kepada Kru Meja Jenayah TV1 yang telah dirakamkan baru-baru ini di pejabat beliau. Antara persoalan lain yang dibangkitkan oleh kru televisyen itu ialah bagaimanakah pihak berkuasa mengenal pasti sesuatu kegiatan itu mempunyai hubungkait dengan aktiviti pemerdagangan orang. Maka hubungan dan kerjasama antarabangsa dan hubungan dua hala akan memprecepatkan perkongsian maklumat risikan adalah penting.

KSU KDN turut meminta orang ramai untuk menggunakan talian 999 jika mereka mempunyai sebarang maklumat berkait kegiatan jenayah ini.
—team berita ikdn


















3 June 2010
KDN Sana Sini