web analytics

MDN Tinjau Inisiatif NKRA di Kawasan Wilayah Pembangunan Iskandar, Johor

21 June 2010

KDN Sana Sini

‘Iskandar Malaysia’ yang dahulunya dikenali sebagai Wilayah Pembangunan Iskandar (Iskandar Development Region) merupakan sebuah kawasan pembangunan ulung di selatan tanah air yang tidak dapat lari dari aspek keselamatan. Justeru, Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri bersama-sama dengan pegawai kanan Kementerian telah membuat lawatan kerja ke Iskandar Malaysia bagi meninjau perkembangan pembangunan dan perancangan wilayah ekonomi berkenaan khususnya yang berkait dengan inisiatif-inisiatif keselamatan.

Dato’ Seri Hishammuddin telah diberi taklimat berkaitan kemajuan semasa inisiatif Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) menurunkan jenayah dan pembangunan Ibu Pejabat Polis Nusajaya. Menteri Besar Johor, YAB Dato’ Abdul Ghani Othman turut hadir di taklimat ini.

Jalan masuk utama ke Kota Iskandar yang mempunyai akses mudah ke Link Kedua Expressway dan ke mana-mana sahaja kawasan di Nusajaya adalah lokasi yang strategik sebagai tapak cadangan IPD Nusajaya. Pada masa ini, IPD Nusajaya telah pun beroperasi dengan menyewa sebuah bangunan 3 tingkat dengan 200 anggota.

Dalam majlis ini juga, sebuah MoU Perolehan Tapak IPD Nusajaya telah ditandantangani antara pihak Kerajaan Negeri Johor dan Kementerian Dalam Negeri. Menteri Dalam Negeri turut menyerahkan Waran Tambahan Perbelanjaan Mengurus IPK Johor sebanyak RM8.6 Juta kepada Ketua Polis Johor, Dato’ Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff.

–team berita ikdn

, ,