web analytics

Pasar Karat

3 June 2010

KDN Sana Sini

Perniagaan di sini telah lama wujud.  Digelar Pasar Karat kerana di sinilah peminat barang antik mencari barang lama yang berharga kepada mereka.  Bukan sahaja barang antik ia juga menjual barangan terpakai yang masih berkeadaan elok.

Dengan hanya sewa sebanyak RM5.00, anda boleh berniaga di sini.  Kebanyakkannya adalah anak-anak muda.  Pasar Karat menjadi tumpuan ramai kerana ia sebenarnya bukan sahaja menjual barang-barang lama tetapi juga barangan keperluan harian yang lain seperti kain baju, selipar, kasut dan beg.

Kawasan ini sehangat uptown dan downtown di Kuala Lumpur tetapi mendapat sentuhan masyarakat Johor Bahru sendiri.  Namun awas-awas jika ke sini sambil berbelanja keselamatan jangan diabaikan.  Ia salah satu lokasi hot spot dan berada dalam pemerhatian polis.  Pun begitu adalah lebih elok jika pengunjung turut mengamalkan sikap berhati-hati.

—team ikdn