web analytics

Penjara Pokok Sena Dirasmikan

16 June 2010

KDN Sana Sini

Penjara Pokok Sena akhirnya dirasmikan bersempena dengan sambutan Hari  Keputeraan KDYMM Sultan .Sultan Kedah, KDYMM Tuanku Abdul Halim Mu’dzam Shah telah berkenan berangkat  untuk menyempurnakan perasmian itu yang telah berlangsung pada 13 Jun 2010 yang lalu.  Turut berangkat ialah Sultanah Kedah Tuanku Haminah Hamidun.

Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman bin Yusop, Timbalan Menteri Dalam Negeri dan beberapa pegawai tertinggi Kementerian juga turut hadir pada majlis tersebut. Tetamu jemputan lain terdiri daripada Kerabat-kerabat DiRaja Kedah dan Isteri-isteri, wakil YB. Menteri Besar Kedah dan isteri, SUK Negeri dan Ketua-ketua Jabatan Kerajaan Negeri dan Persekutuan di Negeri Kedah dan isteri-isteri, KJP, KP, Pengarah-Pengarah Bahagian dan Pegawai Kanan Jabatan Penjara Malaysia.

Tuanku Sultan Abdul Halim berkenan menyampaikan titah perasmian dan menerima taklimat ringkas mengenai pembangunan Penjara Pokok Sena.  Baginda dan para jemputan yang lain turut melawat Galeri Penjara dan blok-blok penjara.  Tuanku Sultan juga berkenan menanam sebatang pokok sebagai tanda kenangan sebelum merakamkan gambar bersama Pegawai-Pegawai Tertinggi Jabatan Penjara Malaysia. Majlis diakhiri dengan santapan diraja.

Kesudian KDYMM Sultan Kedah Darul Aman dan Sultanah mencemar duli berangkat untuk merasmikan kompleks Penjara Pokok Sena ini mencatatkan satu lagi sejarah kepada Jabatan Penjara Malaysia.

–team berita ikdn/penjara