web analytics

Perhimpunan Bulanan (Jun) KDN

23 June 2010

KDN Sana Sini

Dato’ Lee Chee Leong, Timbalan Menteri Dalam Negeri yang baru dilantik membuat kemunculan pertamanya secara terbuka di hadapan warga kerja KDN di Perhimpunan Bulanan (Jun) Kementerian Dalam Negeri pada 22 Jun 2010.

Beliau yang menyampaikan ucapan sulung beliau di perhimpunan itu mengulangi peranan dan komitmen KDN ke arah memastikan persekitaran yang selamat dan peningkatan kualiti hidup rakyat Malaysia.  Beberapa perancangan perkhidmatan yang lebih sistematik dan ke hadapan selari dengan kehendak RMK 10 turut diumumkan.

Perhimpunan kali ini turut dihadiri oleh rakan kongsi KDN dalam melaksanakan kempen antipemerdagangan orang seperti Bernama TV, Astro, MAB, Jabatan Penyiaran Malaysia, NTV7 dan MAS.  Malaysia telah diturunkan kepada Tier 2 Watch oleh Jabatan Negara Amerika Syarikat yang menyaksikan kedudukan Malaysia sebelum ini berada di kedudukan Tier 3.

Dato’ Lee Chee Leong turut menyampaikan sijil penghargaan kepada 17 orang pegawai yang menjayakan Mesyuarat Penyelarasan Pengurusan PDRM bagi mencapai matlamat pengurusan PDRM yang lebih cekap dan efektif.  Penerimaan ini diketuai oleh Tan Sri Hj. Ismail B. Hj. Omar ,  Timbalan Ketua Polis Negara.

Majlis perhimpunan ini turut menyaksikan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menerima Sijil MS ISO 9001 : 2008.   Sijil Persekitaran Berkualiti Amalan 5S pula diberikan kepada Jabatan Penjara Malaysia.

–team berita ikdn

, , , , , , , , , ,