PROSEDUR KDN SEBELUM KELUAR SURAT TEGURAN
- Pihak Kementerian mempunyai beberapa prosedur sebelum surat teguran dikeluarkan iaitu memanggil Ketua Editor untuk memberi penjelasan. Teguran dibuat secara verbal iaitu menghubungi akhbar harian/ mingguan, tabloid dan surat berita parti politik hadir ke Kementerian untuk diberi teguran. Peringkat seterusnya adalah surat nasihat dan amaran sebelum tindakan yang lebih berat dikenakan. Semua surat teguran perlu dijawab dalam tempoh tujuh (7) hari. Pihak Kementerian tidak akan terus mengambil tindakan melulu tanpa mendengar penjelasan.
Penguatkuasaan
- Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran, Kementerian Dalam Negeri mempunyai Unit Penguatkuasa yang bertindak untuk menjalankan rampasan terhadap mana-mana akhbar, tabloid atau surat berita parti politik yang melanggari syarat dari masa ke semasa.
Permit Suara Keadilan
- Permit Suara Keadilan akan dibincangkan esok di dalam Mesyuarat Panel 13. Pihak Kementerian akan melihat terlebih dahulu sebab-sebab yang telah diberikan oleh pihak surat berita parti politik tersebut. Selain itu, pihak Kementerian juga akan melihat rekod-rekod kesilapan/ ketidakpatuhan yang telah dibuat selama ini dan prestasi selama setahun. Permit Suara Keadilan pernah digantung sekali iaitu pada tahun 2008 selama tiga bulan.
Penerbitan artikel – artikel berunsur fitnah
- Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran akan menyemak dan memantau isi kandungan akhbar pada setiap hari. Sekiranya terdapat unsur hasutan akan di ‘highlight’ kepada pihak-pihak berkenaan.
–team berita ikdn


















30 June 2010
KDN Sana Sini