web analytics

SELAMAT DATANG TMDN BARU

8 June 2010

KDN Sana Sini

“Hari ini saya ingin memperkenalkan Timbalan Menteri (Timbalan Menteri Dalam Negeri) baru saya iaitu YB (Dato’) Lee Chee Leong  Kami telahpun berjumpa dan telahpun mengadakan perbincangan. Saya telahpun menyatakan harapan saya di atas tanggungjawab yang perlu beliau pikul. Kita juga sudah bincang sedikit sebanyak hala tuju kementerian. Saya cukup yakin bahawa YB (Dato’) Lee Chee Leong dapat membantu saya melihat dan meneliti perubahan-perubahan yang kita akan bawa bersama-sama di dalam KDN. Samada ia berhubung kait dengan NKRA, KPI ataupun isu-isu yang tertangguh  tergendala dan yang perlu dibereskan. Ia akan saya agih-agihkan kepada kami bertiga dan nampaknya diterima baik oleh Y.B. TMDN kita yang baru ini,    “ kata Dato‘ Seri Hishammuddin Tun Hussein kala memperkenalkan Timbalan Menteri Baru YB (Dato’) Lee Chee Leong kepada media di bangunan Parlimen pada 8 Jun 2010.  YB (Dato’) Lee Chee Leong  menggantikan Tuan Jelaing Anak Mersat yang ditukarkan ke Kementerian Pengangkutan dengan jawatan yang sama melalui rombakan kabinet pada 4 Jun 2010

Warga KDN mengucapkan Selamat Datang dan sama berjuang untuk negara Malaysia yang aman, selamat makmur dan tenteram.

–team berita ikdn

, ,