web analytics

KENYATAAN AKHBAR JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA

KENYATAAN AKHBAR
JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA

Jabatan Imigresen Malaysia ingin mengemukakan maklumbalas kenyataan yang dikeluarkan di dalam akhbar tempatan bertarikh 18 Julai 2010 mengenai dakwaan tentang Isu kelulusan Visa (rujuk lampiran). Pengadu telah hadir untuk memohon Pas Khas atas alasan akan berkahwin pada 25 Jun 2010. Pengadu telah diluluskan dengan pas khas selama 30 hari. Pasangan pengadu telah hadir ke Jabatan Imigresen Negeri Sembilan bagi mengemukakan permohonan pada 25 Jun 2010 dan diluluskan pada hari tersebut. Pada waktu pagi (02 Julai 2010), pasangan telah hadir untuk membuat pembayaran ke atas Pas Khas tetapi telah ditolak. Hal ini kerana pegawai terbabit merujuk kepada arahan yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Imigresen Malaysia yang memperuntukkan pengadu keluar terlebih dahulu. Pada sebelah petangnya, wakil agen pengadu telah hadir mengemukakan surat akuan penerimaan bagi permohonan pengadu kepada Pegawai Imigresen yang lain dan permohonan pengadu telah diluluskan. Hal ini disebabkan Pegawai imigresen tersebut tidak menyedari bahawa pengadu adalah pemegang pas khas. Pencanggahan arahan ini yang menyebabkan pengadu melahirkan rasa tidak berpuashati dan menuduh Pegawai Imigresen telah mengambil wang supaya pengadu tidak perlu keluar.

Kenyataan akhbar ini telah dikeluarkan oleh:
Unit Perhubungan Awam / Media
Jabatan imigresen Malaysia
PUTRAJAYA
19 JULAI 2010