Kata Dato’ Sri Mahmood B. Adam, warga KDN harus tampil dengan satu komitmen demi memastikan pelaksanaan kerja dapat dilakukan secara bijak dan bersepadu. Gesaan ini sebagai merujuk kepada kepelbagaian fungsi dan entiti dalam Kementerian Dalam Negeri yang terdiri dari Jabtan Pendaftaran Negara, Jabatan Imigresen, Jabatan Penjara, Jabatan Pertahanan Awam , RELA, Agensi Anti Dadah kebangsaan serta banyak lagi.
“Kita ambil contoh dengan mengimbau kejadian New York diserang dalam Tragedi 11 Sepetermbe (2004) Siapa sangka Amerika Syarikat yang terkenal sebagai negara paling maju di dunia juga telah berhadapan dengan masalah ini. Pihak penyelamat negara itu yang datang dari pelbagai negeri akhirnya menyedari mereka tidak selaras dalam menggunakan jenis peralatan menyelamat menjadikan peralatan menyelamat di California misalnya tidak dapat digunakan di New York kerana jenis yang berbeza dan tidak menepati spek yang digunakan di lokasi kejadian,” katanya.
Ketua Setiausaha KDN itu hadir di Miri dalam lawatan kerja beliau ke agensi-agensi dan pejabat KDN di sini yang bermula selama 2 hari pada 17 Julai dan 18 Julai 2010. Seramai 100 orang ketua pejabat di Miri hadir.
“Kita seharusnya bersedia dengan transformasi seperti mana yang dihasratkan oleh YAB PM. Kita perlu mengubah cara pemikiran kita kerana dari pemikiran yang terbuka sahaja baru kita dapat melaksanakan pembaharuan seperti mana yang dikehendaki itu,” katanya.
Beliau turut menyentuh mengenai kepentingan komunikasi yang selaras untuk mengelakkan pembaziran masa, tenaga dan kos. Setiap jabatan yang berkenaan harus mengenalpasti produk masing-masing agar tindakan yang akan dilaksanakan menjadi lebih berkesan dan berfokus.
“Perancangan kerja harus bijak. Banyak program bersama rakyat perlu dilaksanakan tapi tanpa pengaturan program yang selaras ia akan lari dari objektif yang diharapkan. Justeru kita sesama sendiri dalam Kementerian Dalam Negeri harus berbincang dan mencapai kata sepakat dalam integrasi komunikasi di peringkat KDN ini,” katanya.

–team berita ikdn


















19 July 2010
KDN Sana Sini