100 KERETA PERONDA PDRM
Usaha membanteras jenayah samada jalanan mahupun jenayah berat tidak pernah dipandang mudah oleh Kerajaan. Salah satu kriteria pemantauan jenayah ialah perkakas dan peralatan yang digunakan oleh Polis DiRaja Malaysia (PDRM) sentiasa ditambah dari semasa ke semasa. Pada 7 Julai 2010 berlangsung majlis penyerahan 100 buah kereta peronda Polis oleh Syarikat Spanco Sdn Bhd kepada KDN.

KDN yang diwakili oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Dato’ MdNor b. Hashim menerima replika kunci kereta peronda berkenaan daripada Mej. Jeneral (B) Dato’ Osman Md Zain Pengerusi Spanco Sdn Bhd sebelum menyerahkannya kepada Datuk Mashuri Zainal, Pengarah Jabatan Logistitk, PDRM.

Penyerahan 100 unit kereta peronda dari jenis Waja ini adalah menepati fasa 1 seperti mana kontrak pembekalan. Kereta peronda ini dilengkapi dengan spesifikasi keselamatan terkini dan dijangka dapat meningkatkan mutu perkhidmatan PDRM kepada rakyat.

5 buah kereta contoh peronda yang berkenaan turut dipamerkan kepada hadirin.
–team berita ikdn


















7 July 2010
KDN Sana Sini