web analytics

KENYATAAN AKHBAR KDN: Permit Suara Keadilan

4 July 2010

KDN Sana Sini

KENYATAAN AKHBAR
KEMENTERIAN DALAM NEGERI
4HB.JULAI 2010
***********************************************

PERMIT SUARA KEADILAN

1. Kementerian Dalam Negeri ingin menjelaskan bahawa permit penerbitan SUARA KEADILAN telah tamat tempoh sahlaku pada 30 Jun 2010. Permit yang diberikan dahulu adalah bagi tempoh satu tahun iaitu dari 1 Julai 2009 hingga 30 Jun 2010.

2. Kenyataan yang mengatakan bahawa Kementerian ini atau Kerajaan telah menggantung permit penerbitan SUARA KEADILAN adalah TIDAK BENAR DAN TIDAK BERBANGKIT SAMA SEKALI.

3. Sebaliknya KDN sedang meneliti dan mempertimbangkan permohonan pembaharuan permit penerbitan SUARA KEADILAN. Kementerian masih belum membuat sebarang keputusan mengenai permohonan tersebut. Keputusan hanya akan dibuat setelah mendapat penjelasan yang memuaskan daripada pihak penerbitan SUARA KEADILAN.

Terima Kasih jua.

DATO’ ZAITUN AB. SAMAD
SETIAUSAHA BAHAGIAN
BAHAGIAN KAWALAN PENERBITAN DAN TEKS AL-QURAN
KEMENTERIAN DALAM NEGERI

4 JULAI 2010