Satu taklimat Rang Undang-Undang Antipemerdagangan Orang (Pindaan) 2010 telah diadakan di Bilik Taklimat Parlimen, Aras 2, Blok Utama, Bangunan Parlimen pada jam 2.00 petang kepada Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional. Taklimat itu dipengerusikan bersama oleh Datuk Wira Abu Seman Yusop, Timbalan Menteri Dalam Negeri bersama Tuan Hanafiah Zakaria, Pendakwaraya Jabatan Peguam Negara. Rang Undang- Undang ini telah dibentangkan di Parlimen untuk Bacaan Kali Pertama pada 5 Julai 2010 yang lalu.
Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri berkata bahawa pindaan rang undang-undang ini adalah untuk menyelesaikan imej Malaysia sebagai negara transit. Beliau juga berkata, rang undang-undang terbaru ini meliputi dan merangkumi sabitan kesalahan kepada sindiket-sindiket atau orang perseorangan yang mendalangi kegiatan ini.
Banyak persoalan yang diajukan oleh Ahli-ahli Parlime yang hadir. Ahli Parlimen Parit Sulong, Datuk Noraini Ahmad bertanya siapakah dalang sindiket ini? Beliau mahukan kepastian adakah orang Malaysia atau orang lua yang terlibat. Apa yang jelas kebanyakkan mereka tidak memahami maksud Akta Pemerdagangan Orang. Mereka jelas keliru dengan definisi pemerdagangan orang.
Turut hadir, Datuk Lee Chee Leong, Timbalan Menteri Dalam Negeri.
–team berita ikdn


















11 July 2010
KDN Sana Sini