Bengkel Pembentukan Keterampilan Diri sempena sambutan Hari Wanita oleh PUSPANITA Cawangan Kecil Ibu Pejabat Kementerian Dalam Negeri ini diadakan pada 9 Julai 2010. Acara ini bermula dari 9.00 pagi hingga pukul 12.30 tengahari di Dewan Gemilang.
Sebelum majlis berlangsung, pendaftaran ahli puspanita diadakan sebagai bukti kehadiran menggunakan buku log masing – masing. Majlis dimulakan dengan menyambut kehadiran Datin Sri Nabihah Bt. Hj. Hassan, Pengerusi PUSPANITA KDN. Kemudian disertakan nyanyian lagu negaraku dan lagu Puspanita. Selesai sahaja nyanyian lagu, diadakan pula bacaan doa oleh Datin Mashitah Binti Abdullah.
Datin Sri Nabihah dalam ucapan perasmiannya menyentuh mengenai peranan wanita adalah sejajar dengan kaum lelaki seperti hak mengundi, hak bersuara, hak menerima pendidikan, hak bersosial dan berpolitik, hak menyertai kegiatan ekonomi dan menerima bayaran gaji atau upah yang sama dengan kaum lelaki, kedudukan jawatan dan sebagainya.
“Dengan pelbagai peranan yang dapat dijalankan inilah yang sebenarnya menjadikan seorang wanita itu lebih kuat dan bersemangat. Penampilan yang anggun bukan sahaja berpakaian cantik dan bersolek, penjagaan kesihatan juga memainkan peranan. Kesihatan yang baik menampilkan wajah yang ceria akan menampakkan keanggunan seseorang wanita. Kesihatan yang baik membantu membina keyakinan diri untuk menjalankan tugas dengan bersemangat dan cemerlang. Keadaan ini akan mempengaruhi orang sekeliling juga berasa selesa dan senang bekerjasama,” katanya.
Program ini diperkemaskan lagi dengan sesi ceramah dari Pn. Rozita Bt. Hj. Abdul Rahim, penceramah jemputan dari INTAN yang menyentuh tajuk Keterampilan Wanita Anggun. Begitu pun turut disentuh penilaia diri tidak semata berdasarkan pakaian kemas dan anggun sebalikgn nilai murni dalaman seorang wanita juga penting.
Seramai 50 peserta menyertai program ini. Majlis diakhiri dengan pemberian cenderahati yang disampaikan oleh Datin Sri Nabihah kepada Pn. Rozita.
–team berita ikdn


















11 July 2010
KDN Sana Sini