web analytics

Demi Pelanggan Yang Dihargai

7 July 2010

KDN Sana Sini

Ruang baru pertemuan pelanggan dan Kementerian Dalam Negeri akan memberikan lebih ruang dan keselesaan dalam urusan rasmi berkait kementerian ini. Melalui fasa pengubahsuaian ruang selama hampir 5 bulan, lobi pelangggan KDN kini tampil lebih menarik dengan ciri-ciri korporat yang lebih segar.

Jika dulu terpaksa pergi dari Bahagian ke Bahagian kini pust pertemuan sehenti ini memberi banyak kemudahan kepada pergerakan orang ramai. Ia dijangkakan dibuka oleh Menteri Dalam Negeri Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein dalam masa terdekat ini apabila kemasan yang berkaitan dengannya telah disempurnakan.

Selamat Berkunjung ke KDN dan selamat menikmati perkhidmatan di mana rakyat didahulukan pencapaian diutamakan.

–team berita ikdn