Proses pembaharuan permit mahupun permohonan baru penerbitan dan lesen cetak akan dipercepatkan dalam tempoh dua minggu. Dato’ Sri Mahmood b. Adam berkata demikian ketika menyampaikan surat lulus permit dan lesen cetak kepada 60 orang pemohon.
“Penerima hari ini rata-ratanya perlu menunggu sehingga dua bulan untuk mendapatkan surat kelulusan ini. Kita akan cuba percepatkan kepada sekurang-kurangnya dua minggu,” katanya di majlis penyerahan anjuran Bahagian Kawalan Penerbitan Teks dan Al-Quran pada 22 Julai 2010.
Menurut Ketua Setiausaha KDN lagi Mesyuarat Panel 13 yang diadakan setiap hari adalah salah satu medium perbincangan yang digunakan untuk memproses setiap permohonan berkenaan. Mengulas lanjut kelulusan kepada 60 pemohon surat permit penebritan dan pencetakan ini beliau berharap agar garispanduan yang telah ditetapkan dihormati dengan mematuhinya.
“Masalah boleh dielakkan jika garis panduan itu difahami dan diikuti,” katanya.
–team berita ikdn



















23 July 2010
KDN Sana Sini