web analytics

KDN Jenguk Warga

7 July 2010

KDN Sana Sini

KDN JENGUK WARGA

Seramai 500 warga Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang bertugas di Perak tidak melepaskan peluang berjumpa dan berdialog dengan barisan pengurusan tertinggi KDN yang telah diadakan di  Dewan IPD Manjung pada 3 Julai 2010.

Rombongan yang diketuai oleh KSU KDN Dato’ Sri Mahmood B. Adam adalah atas saranan Menteri Dalam Negeri Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein agar  program jenguk dan turun padang warga KDN di luar Kuala Lumpur dilaksanakan.  Tujuannya agar segala perancangan dan program Kerajaan untuk rakyat difahami dan dilaksanakan sewajarnya.

Pertemuan sebegini juga memberi peluang kepada setiap warga KDN untuk membangkitkan apa juga kemusykilan dan kekeliruan mereka berkait program dan jug isu-isu semasa yang timbul.  KSU KDN mengetuai sesi soal jawab berkenaan yang nyata sekali mendapat kerjasama dan sambutan dari hadirin.

Dato’ Sri Mahmood berkesempatan menyampaikan amanat Y.A.B. Perdana Menteri serta Y.B. Menteri Dalam Negeri kepada seluruh wakil Jabatan/ Agensi yang hadir. “Teramat besarlah tanggungjawab kita untuk mengurangkan kadar jenayah dalam negara ini dan kita bekerjalah bersama-sama bagi mencapai salah satu KPI KDN ini”, katanya.

Empat (4) perkara yang diberi penekanan dalam ucapan beliau dan juga merujuk kepada harapan Y.A.B. Perdana Menteri iaitu Integriti, Value For Money, Accountability dan Transformasi hendaklah dijadikan teras utama setiap kakitangan awam dalam menyampaikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat.

Setiap kakitangan awam perlu berubah, tonjolkan keberkesanan dan ketelusan dalam setiap perkhidmatan yang diberikan. Transformasi bermaksud perubahan, berikan perkhidmatan yang membuatkan rakyat lebih selesa dan percaya kepada Kerajaan,” katanya.

Pertemuan dan dialog itu berlangsung hampir tiga jam.  Masing-masing yang hadir tampaknya berpuas hati.

-team berita ikdn