web analytics

KENYATAAN AKHBAR KDN: Permit Surat Berita Harakah

12 July 2010

KDN Sana Sini

KENYATAAN AKHBAR
KEMENTERIAN DALAM NEGERI
12HB. JULAI 2010-07-12

PERMIT SURAT BERITA HARAKAH

1. Adalah dimaklumkan bahawa penerbitan surat berita HARAKAH telah tamat tempoh permitnya pada 7 Julai 2010. Namun begitu, penerbit didapati masih menerbitkan dan mengedarkan surat berita HARAKAH keluaran bertarikh 12-15 Julai 2010 walaupun tempoh permitnya telah tamat.

2. Kementerian Dalam Negeri memandang serius tindakan penerbitan dan pengedaran HARAKAH keluaran bertarikh 12-15 Julai 2010 ini. Sehubungan dengan itu, pihak HARAKAH diwakili Dato’ Mustafa bin Ali selaku Pengerusi Jemaah Pengarah HARAKAH bersama-sama Datuk Kamarudin bin Jaffar selaku Pengarah Urusan HARAKAH telah dipanggil petang ini 12 Julai 2010 untuk bersua Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri bagi memberikan penjelasan mengenai perkara ini.

Terima Kasih jua

DATO’ ZAITUN AB. SAMAD
SETIAUSAHA BAHAGIAN
BAHAGIAN KAWALAN PENERBITAN DAN TEKS AL-QURAN

12 Julai 2010 (1.50 tengahari)