web analytics

KENYATAAN AKHBAR KDN: Pertemuan Kali Kedua KDN – Suara Perkasa

5 July 2010

KDN Sana Sini

KENYATAAN AKHBAR
KEMENTERIAN DALAM NEGERI
5HB JULAI 2010

PERTEMUAN KALI KEDUA KDN – SUARA PERKASA

1. Kementerian Dalam Negeri telah mengadakan pertemuan kali kedua dengan penerbitan ‘Suara Perkasa’. Pertemuan kali kedua ini telah diadakan di pejabat Dato’ Abd. Rahim Mohd. Radzi, Pemangku Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) Kementerian Dalam Negeri pada 5 Julai 2010, jam 10.00 pagi.

2. Penerbitan ‘Suara Perkasa’ telah diwakili oleh Ketua Pengarangnya Encik Daud bin Ibrahim, Setiausaha Agung PERKASA, Tuan Syed Hassan bin Syed Ali dan Timbalan Setiausaha Agung PERKASA, Encik Norlizaizal bin Hanif.

3. Penjelasan telah diberikan oleh wakil penerbitan ‘Suara Perkasa’. Kementerian Dalam Negeri akan mempertimbangkan penjelasan tersebut dalam Mesyuarat Penilaian Lesen Mesin Cetak dan Permit Penerbitan (Panel 13) yang akan diadakan esok (6 Julai 2010).

DATO’ ZAITUN AB SAMAD
SETIAUSAHA BAHAGIAN
BAHAGIAN KAWALAN PENERBITAN DAN TEKS AL-QURAN
KEMENTERIAN DALAM NEGERI

5 JULAI 2010