web analytics

KENYATAAN AKHBAR KDN: Senarai Nama Penerbitan Ditegur KDN Diumumkan

10 July 2010

KDN Sana Sini

KENYATAAN AKHBAR
KEMENTERIAN DALAM NEGERI
10 HB. JULAI 2010

SENARAI NAMA PENERBITAN DITEGUR KDN DIUMUMKAN

1. Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan mengambil sikap tegas ke atas mana-mana pemilik permit penerbitan dan lesen mesin cetak yang didapati melakukan pelanggaran syarat dan tidak mematuhi peruntukan-peruntukan di bawah Akta Mesen Cetak dan Penerbitan 1984.

2. KDN selama ini telah mengambil tindakan yang berterusan terhadap penerbitan-penerbitan yang didapati melanggar syarat permit serta akta yang berkenaan. Di antara penerbitan-penerbitan yang telah diberi teguran dan diambil tindakan dari bulan Januari hingga Jun 2010 ialah Harian Metro, Metro Ahad, Kosmo, Oriental Daily, China Press, Nanyang Siang Pau, Harian Tamil Uthaya Surian, Suara Keadilan, Suara Perkasa dan Harakah.

3. Berikutan dengan penubuhan Jawatankuasa Pengukuhan Strategi Komunikasi Kerajaan yang melibatkan tiga orang menteri iaitu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB. Dato’ Seri Mohamed Nazri Aziz; Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, YB. Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim dan Menteri Dalam Negeri, YB. Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein, KDN akan mengkaji dan meneliti prosedur (Standard Operating Procedure) dan garis panduan untuk memantapkan dan meningkatkan keberkesanan serta keseragaman pengurusan media.

Terima Kasih jua.
Dato’ Zaitun Ab. Samad
Setiausaha Bahagian
Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran
Kementerian Dalam Negeri
10 Julai 2010