web analytics

KENYATAAN AKHBAR KDN: Status Tindakan Kepada Suara Perkasa

7 July 2010

KDN Sana Sini

KENYATAAN AKHBAR
KEMENTERIAN DALAM NEGERI
06 HB JULAI 2010

STATUS TINDAKAN KEPADA SUARA PERKASA

1. Kementerian Dalam Negeri telah bermesyuarat dan berbincang pada hari ini Selasa, 6 Julai 2010 jam 6.15 petang mengenai penerbitan “Suara Perkasa”.

2. Memandangkan penerbitan “Suara Perkasa” keluaran bertarikh 1-15 Julai 2010 itu adalah penerbitannya yang pertama dan ini juga adalah pelanggaran syaratnya yang pertama, maka Kementerian ini memutuskan untuk mengambil tindakan mengeluarkan ‘AMARAN KERAS’ terhadap penerbitan “Suara Perkasa”.

3. Kementerian juga akan meningkatkan tindakan pemantauan ke atas setiap keluaran akhbar-akhbar tabloid bagi memastikan syarat-syarat permit dan garis panduan penerbitan serta Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 dipatuhi.

DATO’ ZAITUN AB. SAMAD
SETIAUSAHA BAHAGIAN
BAHAGIAN KAWALAN PENERBITAN DAN TEKS AL-QURAN

6 Julai 2010 (7.50 malam)