KENYATAAN AKHBAR MENGENAI SUARA KEADILAN
Seperti umum sedia maklum, permit suara Keadilan telah tamat tempoh sahlakunya pada 30 Jun 2010. Sehingga kini, pihak penerbitan Suara Keadilan masih gagal mengemukakan jawapan atau penjelasan kepada dua lagi surat Kementerian Dalam Negeri.
Malah, pihak penerbitan Suara Keadilan telah berkali-kali mencabar Kerajaan dan masih terus juga mengeluarkan penerbitan.
Berdasarkan kepada keluaran terbaru ini, satu laporan polis telah dibuat di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972 (Akta 88) pada jam 8.00 malam, 12 Julai 2010, di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya.
DATO’ ABDUL RAHIM BIN MOHD. RADZI
TIMBALAN KETUA SETIAUSAHA
KEMENTERIAN DALAM NEGERI.
12 Julai 2010 (9.30 malam)


















13 July 2010
KDN Sana Sini