web analytics

Kenyataan Akhbar Y.B Menteri Dalam Negeri: ISU FAHAMAN WAHABI

KENYATAAN AKHBAR Y.B MENTERI DALAM NEGERI
ISU FAHAMAN WAHABI

1. Pihak kerajaan berusaha mengkaji dan memahami mengenai fahaman Wahabi yang ekstrem yang dikaitkan dengan aktiviti keganasan yang boleh mengancam keselamatan dan ketenteraman awam.

2. Sehubungn dengan itu, pihak KDN telah mengadakan pertemuan dengan pihak Jakim, Majlis Keselamatan Negara, Bahagian Penyelidikan Perdana Menteri, Institut Latihan Islam Malaysia dan pihak-pihak yang berkaitan yang lain. Tujuan pertemuan tersebut adalah bagi mendengarkan penjelasan lanjut mengenai gerakan Wahabi dan bukannya untuk menuding jari kepada mana-mana pihak serta tiada tujuan untuk mengaitkan mana-mana individu tertentu.

3. Kegiatan keganasan di peringkat antarabangsa yang dikaitkan dengan ekstrimis Islam kebanyakannya berpunca daripada fahaman Wahabi ekstrimis ini. Dengan itu kerajaan terpaksa memantau sebarang aktiviti organisasi dan individu yang dikaitkan dengan kegiatan militan bagi mengelakkan ianya menular dan mengakibatkan ancaman yang lebih besar seperti berlakunya serangan secara militan kepada tempat-tempat awam, rumah-rumah ibadah dan tempat-tempat sasaran penting.

4. Pihak kerajaan hanya mengambil tindakan terhadap sebarang fahaman yang bersifat ekstrimis dan melampau sehingga menggugat keselamatan dan ketenteraman awam sahaja. Pihak kerajaan sama sekali tidak akan mengenakan tindakan terhadap seseorang itu berdasarkan ideologi politik semata-mata. Namun demikian kerajaan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang mengancam keselamatan negara.

Disediakan oleh Bahagian KK

28 Jun 2010