Pada 25/07/2010 lebih kurang jam 1700 hrs, sepasukan anggota UPP Pengkalan Kubor dengan diketuai oleh Sarjan Wan Yahya telah membuat satu serbuan dikawasan perkuburan Melayu Kampung Chenderong Batu, Wakaf Bharu, Kelantan setelah membuat intipan.
Dalam serbuan itu pasukan telah berjaya menahan sebuah motosikal yang ditunggang seorang lelaki berumur 27 tahun rakyat tempatan. Hasil pemeriksaan keatas lelaki tersebut pasukan menjumpai pil-pil bewarna kemerahan dalam miliknya 410 biji. Pemeriksaan lanjut pada motosikal yang ditunggang oleh suspek, pasukan telah menemui sejumlah 140 biji pil-pil kemerahan.
Pil-pil tersebut disyaki dadah jenis Methanphetamine. Jumlah keseluruhan pil-pil tersebut sejumlah 550 biji. Kesemua pil-pil tersebut dianggarkan berharga Tiga Belas Ribu Tujuh Ratus Lima Puluh Ringgit (RM13,750.00) dipasaran.
Kesalahan dibawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. Jika sabit kesalahan boleh dihukum mati mandatori.FAKTA KES:
Rampasan-
* Pil-pil kuda berjumlah 550 biji
* 1 buah motosikal Honda EX-5
Tangkapan:
* Seorang lelaki Melayu Rakyat Tempatan
* Anggaran harga pasaran RM13,750.00
* Kes Ke-2 tahun 2010 UPP Pengkalan Kubor
Ahmansah Bin Ahmad
Penolong Setiausaha
Unit Pencegah Penyeludupan (UPP)
Bahagian Kepolisan Dan Keselamatan Sempadan
Kementerian Dalam Negeri
Penolong Setiausaha
Unit Pencegah Penyeludupan (UPP)
Bahagian Kepolisan Dan Keselamatan Sempadan
Kementerian Dalam Negeri


















26 July 2010
KDN Sana Sini