KITA JALIN HUBUNGAN ANTARABANGSA YANG ERAT DALAM ISU ANTI PEMERDAGANGAN ORANG – ABU SEMAN
Malaysia telah berjaya mencapai kedudukan yang lebih baik dalam konteks pemerdagangan orang dari tangga ke 3 ke tangga ke 2 berdasarkan senarai US Government Human Trafficking. Kata Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wira Abu seman b. Yusop dalam temubual eksklusifnya dengan akhbar The Star.
Temubual berkenaan yang diadakan pada 5 Julai 2010 di Parlimen turut menyentuh mengenai 9 langkah Pelan Membanteras Pemerdagangan Orang Peringkat Nasional 2010 – 2015 yang telah dilancarkan awal tahun ini. Martin Vangadesan, wartawan The Star dalam temubual 30 minit itu turut dimaklumkan mengenai peratusan mangsa yang didagangkan di Malaysia telah mencapai mencapai peratusan minima 3.1%.
Antara perkara lain yang turut disentuh ialah cabaran yang dihadapi oleh KDN menangani masalah pemerdagangan orang di Malaysia. Sehubungan itu KDN turut pertubuhan antarabangsa seperti Interpol dan FBI. “ Ya, sememangnya kita bekerjasama dengan mereka, malah begitu erat. Hubungan dua hala akan mempercepatkan perkongsian maklumat risikan,” katanya.
Menurut beliau lagi selain bekerjasama dengan Interpol dan FBI, KDN turut dibantu pertubuhan-pertubuhan lain seperti Tenaganita dan Women Aid Organization yang turut memainkan peranan masing-masing bagi membanteras pemerdagangan orang.
–team berita ikdn


















6 July 2010
KDN Sana Sini