web analytics

Majlis Penyampaian Sijil Kepujian dan Anjakan Gaji

24 July 2010

KDN Sana Sini

Seramai 167 warga Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah diberi sijil kepujian 2010 di majlis ringkas yang telah diadakan pada hari Khamis, 22 Julai 2010. Majlis Penyampaian Sijil Kepujian ini diadakan serentak dengan Majlis Anjakan Gaji Tahun 2009. Seramai 6 orang telah menerima anjakan gaji untuk 2009.

”Sijil ini diberikan kerana mereka sebenarnya layak untuk menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang tetapi anugerah ini terhad kerana ada kuotanya maka kita usahakan pemberian ini dengan bentuk penghargaan yang lain,” kata Dato’ Sri Mahmood b. Adam.

”Saya berasa gembira kerana akhirnya saya berjaya memperolehi kenaikan gaji dan saya kan lebih bersemangat untuk bekerja pada masa kelak”, Zairulniza B. Din, 31 Tahun.

Manakala bagi Koh Joi Lian, 40 tahun yang berkhidmat di Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran (PQ) Sabah, berasa gembira kerana beliau telah dihargai oleh pengurusan atas prestasi pekerjaan beliau. Ini merupakan kali kedua beliau menerimanya dan sentiasa menjadi motivasi untuk beliau terus bekerja.

Turut menerima sijil kepujian perkhidmatan ialah YM Dato’ Raja Azhar B. Raja Abdul Manap, TKSU (N) dan Dato’ Md. Nor B. Hashim, TKSU (P).

Tahniah buat penerima.

–team berita ikdn