web analytics

Majlis Penyerahan Projek Balai Polis Beruas

30 July 2010

KDN Sana Sini

Rabu, 28 Julai 2010, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Dato` Sri Mahmood Adam telah meluangkan masa menghadiri satu majlis menandatangani penyerahan Bangunan Balai Polis Beruas yang telah siap di bilik Sidang Media Aras 11 Blok D1 jam 9.00 pagi.

Pada majlis tersebut Ksu Dato` Sri Mahmood Adam telah di beri penerangan mengenai projek yang berkeluasan tanah 0.785 ekar,projek tersebut juga meliputi Bangunan Balai Polis, Kuarters kelas E dan F, Pencawang TNB, Pondok Pengawal dan tempat letak kereta berbumbung.Projek tersebut telah dimulakan pada 12/4/2007 dan telah siap pada 30/6/2009.Sijil menduduki (CF) telah diperolehi pada 27/5/2010.

Pada majlis tersebut Ketua Setiausaha telah menandatangani surat penyerahan bangunan dari pihak pemaju iaitu PBLT yang diwakili oleh Pengarahnya sendiri Encik Mohammed Redza Bin Mohd Yusof bersama Timbalan Pengarah 1 Jabatan Logistik Bukit Aman DCP Dato` Zubaidah Binti Md Ismail.

Turut hadir pada majlis tersebut Timbalan Ketua Setiausaha ( P ) Dato` Md Nor Bin Hashim,Timbalan Ketua Setiusaha ( K ) Dato` Abdul Rahim Mohd Radzi dan setiausaha-setiausaha bahagian.

– team ikdn