Pendekatan dan inisiatif yang dilaksanakan di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Mengurangkan Jenayah telah menunjukkan tanda kejayaan dengan penurunan kadar indeks kadar jenayah keseluruhan 14.2% berbanding dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini (Januari hingga Jun) berbanding tempoh sama tahun lalu.
Kejayaan ini diteruskan lagi dengan Majlis Pelancaran Beat Base Community Policing di Pelangi Mall, Kota Bharu Kelantan oleh YB Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein , Menteri Dalam Negeri pada 29 Julai 2010. Sistem ‘Beat Base’ telah diperkenalkan oleh PDRM Kelantan untuk menangani jenayah di kawasan setempat, 8 buah beat base telah ditempatkan di kawasan yang dikenalpasti sebagai kawasan panas di sekitar Kota Bharu. Anggota polis ditempatkan sepanjang masa di beat base itu.
Turut hadir ialah YDH CP Dato Hussin Bin Hj Ismail, Pengarah KDN/KA Bukit Aman, YDH SAC Dato’ Abdul Rahim bin Hj. Hanafi, Ketua Polis Kelantan, Dato’ Abdul Rahim bin Mohd Radzi TIMBALAN KETUA SETIAUSAHA dan YB. Dato’ Anuar Tan Bin Abdullah, Exco Kerajaan Negeri Kelantan, dan pemimpin masyarakat setempat.
Pada majlis itu juga, Menteri Dalam Negeri telah menyerahkan replica Anak Kunci Beat Base kepada En Tan Choon Hwa, Wakil Penduduk Lembah Pelangi.
Surat Penghargaan oleh En Mohd Najib Bin Badruddin, Pengerusi Badan Pengurusan Bersama Pelangi Mall juga telah disampaikan kepada Menteri Dalam Negeri.
YB Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein juga turut mengambil kesempatan untuk beramah mesra dengan peniaga dan penduduk sekitar.
–team ikdn


















30 July 2010
KDN Sana Sini