Dalam kesibukan tugas yang tidak kunjung padamnya, barisan pengurusan tertinggi KDN yang diketuai oleh Ketua Setiausahanya Dato’ Sri Mahmood B. Adam mencuri masa menghadirkan diri di sesi senaman pagi bersempena dengan lawatan kerja KDN ke Pusat Latihan RELA negeri Sabah yang bermula pada 23 Julai sehingga 25 Julai 2010.
Selama dua hari kesemua ketua jabatan, bahagian dan agensi berkampung di pusat latihan itu menghadiri beberapa siri mesyuarat penting kementerian. Sesi senaman pagi yang diadakan selama dua hari berturut-turut itu turut disusuli dengan tips pemakanan sihat dan cara-cara menangani stress di tempat kerja.
Sesi senaman pagi dimeriahkan dengan pengisian seni senaman 1 Malaysia. Baik pegawai wanita mahupun pengawai lelaki tidak dikecualikan dari menghadirkan diri di sesi sejam ini yang bermula seawal jam 6.30 pagi.
Pelbagai gerak tari dapat disaksikan meskipun instruktor di atas pentas utama yang dibantu oleh 3 pembantunya memberikan gerak tari senaman yang mudah. Sebahagian besar peserta kelihatannya berpuas hati meskipun ada yang pincang langkah senamannnya. Masing-masing gelak sendiri. Jika dilihat kepada fail kerja yang menimbun di pejabat, amatlah sukar untuk warga KDN mencari masa yang sesuai untuk beriadah begini lebih-lebih lagi secara beramai-ramai. Hanya cara begini dapat dilakukan jika tidak peluh di badan terperap menjadi garam berbahaya.
–team berita ikdn


















26 July 2010
KDN Sana Sini